- JBS Melaka
- Hits: 23
MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK HARI SUKAN NEGARA (HSN) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 23
ALOR GAJAH, 10 September 2026 – Mesyuarat Jawatankuasa Induk Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah diadakan di Bilik Mesyuarat Dato’ Dol Said, Aras 2, Pejabat Daerah dan Tanah Alor Gajah.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Mohd Hafidz bin Mohd Dain, Ketua Penolong Pegawai Daerah, dan turut diiringi oleh Puan Nurul Nabila binti Razaly, Penolong Pegawai Daerah (Khidmat Pengurusan) serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan persiapan, perancangan serta penyelarasan pelaksanaan Hari Sukan Negara (HSN) Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 yang bakal menghimpunkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan, komuniti setempat, persatuan belia serta masyarakat dalam menjayakan agenda pembudayaan sukan.
