JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA TERIMA PENGAUDITAN SISTEM PENGURUSAN SUKAN BERSEPADU (SPSB) KBS

AYER KEROH, 3 September 2026 - Jabatan Belia dan Sukan (JBS) Negeri Melaka telah menerima kunjungan pasukan Unit Audit Dalam Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bagi melaksanakan Pengauditan Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu (SPSB) dan pelaksanaan kawalan dalaman (kawalan am ICT) yang berlangsung selama tiga hari bermula 1 hingga 3 September 2026.

Pengauditan ini bertujuan menilai tahap pematuhan terhadap keperluan SPSB serta memastikan pelaksanaan sistem pengurusan di JBS Negeri Melaka sentiasa memenuhi piawaian yang ditetapkan. Selain itu, audit ini turut menjadi platform bagi mengenal pasti peluang penambahbaikan dalam aspek tadbir urus, penyampaian perkhidmatan dan pengurusan organisasi.

Sepanjang tempoh pengauditan, pasukan juruaudit telah mengadakan sesi semakan dokumen, pemerhatian terhadap pelaksanaan proses kerja serta temu bual bersama pegawai dan kakitangan JBS Negeri Melaka. Kerjasama erat daripada semua warga kerja telah memastikan proses pengauditan berjalan lancar mengikut jadual yang ditetapkan.

Majlis penutupan pengauditan telah diadakan pada 3 September 2026 yang menyaksikan pembentangan dapatan audit, perkongsian amalan terbaik serta cadangan penambahbaikan bagi memperkukuhkan lagi pelaksanaan Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu di jabatan ini.

JBS Negeri Melaka merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan juruaudit Kementerian Belia dan Sukan atas segala pandangan, bimbingan dan cadangan yang diberikan. Setiap teguran dan syor akan dijadikan panduan ke arah penambahbaikan berterusan demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang lebih berkualiti, cekap dan berintegriti.

JBS Negeri Melaka komited untuk terus memperkukuhkan budaya kerja cemerlang serta memastikan Sistem Pengurusan Sukan Bersepadu dilaksanakan secara berkesan selaras dengan aspirasi Kementerian Belia dan Sukan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-10-2026, 15:07:24

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search