- JBS Johor
- Hits: 13
KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN CATUR ORANG KURANG UPAYA NEGERI JOHOR (PCOKUNJ) KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 13
JOHOR BAHRU, 11 Jun - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor bertempat di Bilik Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.
Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menyambut baik kehadiran pihak Persatuan Catur OKU Negeri Johor yang diketuai oleh presiden persatuan berkenaan iaitu Dr. Nasrul Humaimi bin Mahmood. Tujuan kunjung hormat ini adalah untuk menperkukuh jalinan kerjasama strategik dan membincangkan program pada masa akan datang.
Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Encik Mohammad Khairul bin Mohd Dam, Penolong Pengarah Kanan (Sukan) dan Encik Nik Mohamad Anuar bin No'man, Timbalan Presiden Persatuan Catur OKU Negeri Johor.
Zurie Hanmi
Persatuan Catur Orang Kurang Upaya Negeri Johor
#JBSJohor
#PCOKUNJ
#TeamKBS
Disediakan Oleh JBSN Johor
