- JBS Johor
- Hits: 11
SESI PEMILIHAN PESERTA PROGRAM AGROBELIA LESTARI @ RAKAN MAHIR 2026 PERINGKAT NEGERI JOHOR
- JBS Johor
- Hits: 11
Kluang, Johor | 10 Jun 2026 – Sesi pemilihan peserta program agrobelia lestari @ rakan mahir 2026 peringkat negeri johor telah diadakan bagi menilai penyertaan pertubuhan belia yang memohon untuk melaksanakan projek dalam bidang agromakanan. Program ini merangkumi latihan kemahiran dan bimbingan teknikal sebagai usaha memperkasakan belia melalui peningkatan pengetahuan, kemahiran dan pelibatan dalam sektor agromakanan.
Melalui pelaksanaan program ini, belia diberi peluang untuk meneroka dan memanfaatkan potensi diri dalam bidang agromakanan sebagai sumber penjanaan pendapatan serta mewujudkan peluang pekerjaan di peringkat komuniti setempat.
Sesi pemilihan tersebut telah diketuai oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor. Ahli panel terdiri daripada Encik Wan Asri bin Mad Yusof, Pegawai Veterinar Daerah Kluang dan Puan Nia Farhana binti Izaddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kluang.
Sesi temu duga telah diadakan di Bilik Mesyuarat Pejabat FELDA Ulu Penggeli, Kluang, Johor. Panel juga telah mengadakan lawatan tapak ke projek ternakan ayam kampung dan ayam penelur di Ladang FELDA Ulu Penggeli bagi menilai kesesuaian projek yang dicadangkan.
Hasil penilaian yang dijalankan mendapati Kelab Belia Muafakat Kahang telah memenuhi syarat dan kriteria yang ditetapkan oleh pihak urus setia untuk dipertimbangkan sebagai peserta Program Agrobelia Lestari @ Rakan Mahir 2026.
Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor berharap program ini dapat melahirkan lebih ramai usahawan belia yang berkemahiran, berdaya saing dan mampu menjadikan sektor agromakanan sebagai sumber ekonomi yang mampan. Jabatan turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan kerjasama dan komitmen sepanjang proses pemilihan dan penilaian dilaksanakan, khususnya pihak FELDA Ulu Penggeli, panel penilai serta pertubuhan belia yang terlibat.
Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara
Zurie Hanmi
KBSMalaysia
JBSNegara
belia.my
#TeamKBS
#TeamJBSN
#teamjohor
#MalaysiaMadani
#rakanmudamahir
#jbsjohor
#BeliaMadani
#agrobelialestari
Disediakan Oleh JBSN Johor
