BENGKEL REFRESHER ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

BENGKEL REFRESHER ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA (ARPRM) PERINGKAT NEGERI JOHOR 2026

JOHOR BAHRU, 10 JUN 2026 - Bengkel Refresher Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 telah dilaksanakan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor bertempat di Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) Wilayah Selatan. Bengkel ini dilaksanakan bagi proses pemutihan dan pengesahan semula pemimpin sedia ada bagi memastikan hanya pemimpin yang aktif, kompeten dan mematuhi piawaian semasa dibenarkan meneruskan peranan dalam program ARPRM di Negeri Johor. Seramai 40 orang peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri dari PBSD dan pemimpin Badan Operasi ARPRM dari seluruh Negeri Johor. Majlis Perasmian Penutup Bengkel Refresher Anugerah Perdana Rakan Muda (ARPRM) Peringkat Negeri Johor Tahun 2026 ini telah disempurnakan oleh Encik Zurihanmi bin Zakariya, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor.

#RakanMuda

#YakinBoleh 

#ARPRM 

#Teamkbs 

Disediakan Oleh JBSN Johor

Image
Tingkat 3, Blok B, Wisma Persekutuan,
Jalan Air Molek, 80000 Johor Bahru, Johor
Tel : 07-2232614 /07-2224485 / 07-2234487
Fax : 07-2234487

http://www.jbsn.gov.my/jbs-johor

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-10-2026, 15:07:24

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search