home button

Negeri Sembilan

JEMPOL, 01 Jun 2022 (Rabu) - Jabatan Kemajuan Orang Asli Negeri Sembilan dan Melaka, telah mengadakan sesi lawatan kemudahan serta penginapan, bertujuan untuk meninjau lokasi serta berbincang mengenai persiapan tempat untuk menjalankan acara-acara yang telah dijadualkan sepanjang program.

Semoga dengan lawatan yang telah diadakan pada hari ini, dapat melancarkan lagi perjalan program yang akan di laksanakan.

 

Disediakan oleh : Team Media JEMPOL

Disunting oleh : Team Media JBSNS

TAMPIN, 28 Mei 2022- Kompleks Arena Dataran Tampin sekali lagi menjadi medan kehangatan dan kemeriahan penganjuran Malaysia Sports League (MSL) 2022 bagi Kejohanan Sepak Takraw Peringkat Daerah Tampin.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin selaku penganjur utama kejohanan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC) dan di sokong rapat oleh Persatuan Sepak Takraw Daerah Tampin.

Sebanyak 16 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara dan naib juara seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri.

Tepat jam 9.00 pagi, pengadil di ketiga-tiga gelanggang memulakan perlawanan pertama bagi kesemua kumpulan. Kejohanan diserikan lagi dengan kehadiran En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang menyaksikan perlawanan akhir seterusnya sama-sama menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Kejohanan pada kali ini diungguli oleh Team ZM Club 'B' , Team Sg. Kelamah selaku pemenang tempat kedua dan Pancaindera 'A' serta ZM Club 'A' berkongsi di tempat ketiga.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDTAMPIN

Disunting oleh : Team Media JBSNS

SEREMBAN, 29 Mei 2022 -Pada pagi ini telah berlangsungnya Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Majlis Belia Negeri Sembilan Kali Ke - 50/ 2022 bertempat di Hotel Royale Chulan,Seremban.

Majlis telah disempurnakan oleh Dato' Dr. Najmil Faiz bin Mohamed Aris Pegawai Khas Kepada YAB Perdana Menteri Malaysia mewakili Setiausaha Politik YAB Perdana Menteri Malaysia. Turut hadir Pn. Junaine binti Mohamad, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Saudara Fairos bin Rusli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, barisan mantan kepimpinan Majlis Belia Negeri Sembilan, barisan pemimpin dan Badan Gabungan Majlis Belia Negeri Sembilan.

Tahniah dan syabas kepada semua barisan kepimpinan baru Majlis Belia Negeri Sembilan. Selamat Maju Jaya kepada Majlis Belia Negeri Sembilan. Semoga terus bersama membangunkan belia khususnya di Negeri Sembilan ini.

 

Disediakan oleh : Team Media JBSNS

Disunting oleh : Team Media JBSNS

REMBAU, 28 Mei 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Rembau 2022 bertempat di Gelanggang Sepak Takraw ILP Pedas, Rembau hari ini. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Persatuan Sepak Takraw Rembau.

Kejohanan ini telah melibatkan 21 pasukan. Kejohanan bermula dari jam 8.30 pagi dan telah dirasmikan oleh YB Dato Zaifulbahri bin Haji Idris Ahli DUN Kawasan Chembong dan diiringi Encik Rosdi bin Pilus, Penolong Pengarah JBS Negeri Sembilan dan Puan Fairuz Binti Mohamad Nor Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau.

Sebagai simbolik perasmian YB bersama Penolong Pengarah JBSNS telah bermain sepak takraw sebanyak 5 mata melawan wakil Persatuan Sepak Takraw Daerah Rembau. Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Taman Seri Rembau, tempat kedua PSTR D manakala tempat ke-3 bersama PSTR F dan Seremban Jaya A.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDREMBAU

Disunting oleh : Team Media JBSNS