home button

Negeri Sembilan

 

TAMPIN, 24 Ogos 2017 - Telah berlangsung Program Konvoi Merdeka Jalur Gemilang Peringkat DUN Gemencheh, bermula dari Dataran Kampung Tengah ke SK Bukit Rokan Utara yang turut disertai oleh Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin.

Konvoi yang diketuai oleh YB Dato' Mohd Isam bin Mohd Isa ADUN Kawasan Gemencheh itu telah disertai lebih kurang 200 kenderaan dan motorsikal yang terdiri daripada jabatan kerajaan, JKK Kampung sekitar Gemencheh, NGO's belia & sukan, pelajar sekolah dan orang ramai.

Konvoi yang dilepaskan bermula jam 8.30 pagi telah singgah di beberapa lokasi sekitar Gemencheh untuk mengagihkn Jalur Gemilang sehingga ke lokasi terakhir iaitu SK Bukit Rokan Utara. Konvoi Kemerdekaan Jalur Gemilang tersebut berakhir jam 1.00 tengahari

 

JELEBU, 26 Ogos 2017- Telah berlangsung Program Ziarah Kasih SPRM dengan kerjasama PBSD Jelebu bertempat di Sekolah Menengah Triang Hilir, Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.

PBSD Jelebu telah di beri tanggungjawab mengelola Karnival Sukan Rakyat tersebut. Antara acara sukan yang dipertandigkan ialah seperti boling kelapa, terompah gergasi, semakin jauh semakin sayang, rebut kampung, tarik tali dan rebut gula-gula.

PAROI, 28 Ogos 2017 - Program Business on Truck Carnival Negeri Sembilan yang telah berlangsung pada 25-27 Ogos 2017 yang lalu di Kompleks Belia dan Sukan Paroi. Program telah dirasmikan oleh Y.Bhg. Dr Mohd Ghani bin Mohd Yusof, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara dan diiringi oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah JBSNS iaitu Puan Azura Hj Sarbin dan En Hatta bin Hj Mohd Yasin turut disertai oleh lebih kurang 200 orang peserta seminar keusahawanan.

Terdapat pelbagai aktiviti yang dijalankan antaranya ialah Jualan Food Truck, Seminar Persijilan Halal, Seminar Kualiti dan Kebersihan Makanan, Seminar Pendaftaran Syarikat serta Seminar Keusahawanan Digital.

Terdapat juga sharing moments daripada usahawan food truck yang berjaya dan pameran daripada agensi seperti SME Corp, MARA, Tekun Nasional, CoopBank Persatuan. Program ini juga turut diserikan lagi dengan acara senamrobik, pertandingan karaoke terbuka, aktiviti cerapan, Festival Bundle & Vintage Bangi 2017 Tour Seremban, Pertandingan Vespa Antik, BMX Back to 80s Gathering, Volkswagen Showcase, Persembahan Buskers dan yang paling meriah Pesta Jom Makan Durian.

PORT DICKSON, 29 Disember 2019 - Telah berlangsung Big Sumo International Auto Saloon mulai 27-29 Disember 2019 bertempat di Regina Mall, Port Dickson yang dihadiri seramai lebih kurang 4000 orang pengunjung sepanjang 3 hari program ini berlangsung.

Program ini adalah anjuran bersama BigSumo Event dan Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Majlis Perbandaran Port Dickson.

Program ini adalah berkonsepkan pameran kereta-kereta modifikasi dari 4 negara iaitu kereta dari Negara Jepun, Thailand, Singapura dan Malaysia. Disamping itu juga telah dianjurkan beberapa acara-acara sampingan iaitu pertandingan autoshow dan audio kereta, pertandingan autoshow motorsikal, pertandingan autoshow lori, pertandingan beyblade, perhimpunan (gathering) kelab-kelab kereta dan motorsikal, pertandingan e-sport, pertandingan street brackdance, pertandingan basikal bmx, pertandingan skateboard, pameran hotwheels, pertandingan splitfire dan jualan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada pihak penganjur dengan sambutan yang amat menggalakkan.

"Kita Jumpa lagi tahun hadapan"