home button

Negeri Sembilan

Rembau, 26 April 2022 - Telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Rembau 1443H/2022M di Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau. Majlis ini merupakan penutup kepada Program Tadarus Al-Quran yang telah bermula pada 7 April 2022 yang lalu.

Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau telah dipilih sebagai tuan rumah bagi menjalankan Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Rembau pada tahun ini. Seramai 34 orang peserta yang terdiri daripada pelajar sekolah itu sendiri telah menyertai program ini dengan dibimbing oleh dua orang guru pembimbing.

Majlis yang bermula pada jam 5.30 petang semalam telah dihadiri oleh Ustaz Muhammad Taufik Bin Kamarudin Guru Penolong Kanan Kokurikulum Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau , Puan Fairuz Binti Mohamad Nor, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Rembau, Encik Abdul Akif Bin Rahim wakil Majlis Belia Daerah Rembau, Encik Muhammad Izzat Emir Bin Roshizan selaku pegawai penyelaras program. Turut hadir pegawai-pegawai daripada Yayasan As Sofa Seremban , Kakitangan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau serta peserta dan pelajar Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau.

Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Ustaz Muhammad Muqsit Bin Mahadhir yang juga merupakan pembimbing sepanjang program tadarus ini dilaksanakan.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Rembau merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Sekolah Tinggi Islam As Sofa Rembau serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak sepanjang pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus dan Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Rembau 1443H/2022M ini berjalan.

 

Disediakan oleh : Team Media REMBAU

Disunting oleh : Team Media JBSNS

Jempol, 21 April 2022 (Khamis) - Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Jempol telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa bersama semua kakitangan PBSD Jempol, kakitangan Pembersihan dan kakitangan Keselamatan serta ahli keluarga.

Majlis juga dimeriahkan dengan Solat Tarawih yang melibatkan semua warga PBSD Jempol yang julung-julung kali diadakan. Juadah yang dihidangankan juga adalah dari kerja gotong-royong yang bermula pada 20-22 April 2022. Pelbagai juadah dimasak bagi majlis bebuka puasa kali ini. Semoga dengan majlis seperti ini dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama kakitangan kursusnya semua warga PBSD Jempol..

 

Disediakan oleh : Team Media JEMPOL

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PAROI, 21 April 2022 - Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah telah mengadakan Program Jom Baca Bersama Untuk 10 Minit secara serentak bermula jam 11.00 pagi sehingga 11.10 pagi.

Program ini telah dianjurkan oleh Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Sembilan (PPNAS) dengan kerjasama Majlis Pengarah-Pengarah Perpustakaan Awam Se-Malaysia (MPAM) dan Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan (JPNS).

Kami warga Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan menyahut sepenuhnya program seumpama ini. Semoga dengan terlaksananya program-program seperti ini dapat menerapkan lagi budaya membaca di kalangan masyarakat khususnya di Negeri Sembilan.

 

Disediakan oleh : Team Media JBSNS

Disunting oleh : Team Media JBSNS

SEREMBAN, 22 April 2022 – Bertempat di Ballroom Kompleks Belia dan Sukan Paroi telah telah berlangsungnya majlis Khatam Al-Quran Peringkat Daerah Seremban sempena bulan Ramadhan 1443H/ 2022M.

Program ini dianjurkan bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban, Kowaris dan Jawatankuasa Surau An Nur Kombes Paroi. Antara pengisian aktiviti bersempena majlis ini ialah rewang membuat bubur lambuk oleh kakitangan JBSNS, tazkirah Ramadhan dan juga Qasidah.

Majlis Khatam telah disertai seramai 30 orang peserta dari Maahad Tahfiz As-Sofa dengan seorang pemimpin bacaan.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSD SEREMBAN

Disunting oleh : Team Media JBSNS