home button

Negeri Sembilan

Jempol, Rabu, 27 April 2022 - Telah berlangsungnya Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Jempol 1443H/2022M bertempat di Masjid Tuanku Muhriz, Bandar Seri Jempol.

Majlis anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol, Pejabat Agama Islam Daerah Jempol dan Masjid Tuanku Muhriz yang telah disertai seramai 70 orang peserta bermula pada jam 6.15 petang telah dipimpin oleh Ustaz Nur Hairin Bin Khamis.

Bersambung selepas solat Maghrib adalah Majlis Jalinan Kasih Ramadan bersama Muallaf Daerah Jempol. Puan Nawal Binti Mohamed Amin, Pegawai Daerah Jempol telah menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 50 keluarga muallaf Daerah Jempol serta kepada surau-surau dalam Daerah Jempol.

Turut hadir bersama ialah Asp Muhamad Khalid Bin Mohamed Yahaya, IPD Jempol, Tn. Norhisham Bin Ehsan, Timbalan Pegawai Agama Islam Daerah Jempol, Ketua-ketua Jabatan Daerah Jempol serta Penyelaras-Penyelaras DUN Jempol.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pejabat Agama Daerah Jempol dan Masjid Tuanku Muhriz dalam menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Team Media JEMPOL

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PORT DICKSON, 22 April 2022 - Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Port Dickson bertempat di Pusat Islam, Politeknik Port Dickson.

Program ini anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dan Jawatakuasa Pusat Islam Politeknik Port Dickson yang telah disertai seramai 63 orang peserta yang dipimpin oleh 2 orang pembimbing yang dilantik. Di dalam majllis ini juga telah diadakan penyampaian sumbangan dan zakat dari Persatuan Alumni Exaussie dan Bank Islam Port Dickson.

Majlis Perasmian Majlis ini telah disempurnakan oleh En Isa bin Azhari Pengarah Politeknik Port Dickson. Turut hadir En. Mohd Khushairi bin Zainal mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Datuk Ruslin bin Abdul Karim Pengerusi Persatuan Alumni Exaussie, Dr Logeswary a/p Ramasamy Ketua Unit Kesihatan dan Keselamatan Hospital Port Dickson, Sarjan Mejar Nor Azman bin Sadi Timbalan Ketua Balai Polis Teluk Kemang, En Mohamad Shah bin Tambi Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Politeknik, Ustaz Suhaimi bin Samad Pengerusi Pusat Islam, Politeknik Port Dickson dan Barisan AMP PPD Politeknik Port Dickson.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Tampin dengan ini merakamkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak pengurusan Asrama SMK Tunku Besar Tampin serta semua pihak yang terlibat secara langsung atau pun tidak sepanjang pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan Tadarus dan Khatam Al-Quran Daerah Tampin 1443H/2022M ini.

 

Disediakan oleh : Team Media PD

Disunting oleh : Team Media JBSNS

JEMPOL, 26 April 2022 (Rabu) – Sempena Bulan Ramadan Al-Mubarak Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jempol telah menganjurkan Program Khatam Al-Quran buat julung-julung kalinya. Bagi merebut keberkatan bulan yang penuh hikmah ini, program turut disertai oleh semua kakitangan.

Untuk makluman, Program Khatam Al-Quran ini telah bermula pada 05 April 2022 (3 Ramadan 1443H) hingga 26 April 2022 (24 Ramadan 1443H) bacaan 30 juzuk berjaya dihabiskan seperti yang telah dijadualkan. Majlis diserikan lagi dengan Tadarus Al-Quran dan penyampaian cenderahati Khatam serta berselawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW sebagai tanda syukur kerana kita masih diberi kesempatan untuk bertemu dalam bulan Ramadan kali ini.

Turut hadiri En.Mahadir Bin Darahi, Pegawai Belia Dan Sukan Daerah Jempol, kakitangan pembersihan dan keselamatan bagi memeriahkan lagi majlis.

Majlis seperti ini juga disebut sebagai majlis zikir kerana terkandung di dalamnya bacaan al-Quran secara berjemaah, dengan dibaca juga beberapa zikir mengikut kaifiat dan tatacara tertentu yang telah disebut oleh para ulama’ dalam kitab mereka.

Dengan mengadakan program seperti ini, dapat memupuk rasa cinta serta mendekatkan diri kita dengan Al-Quran. Semoga setiap amalan yang kita lakukan diterima oleh Allah s.w.t.

 

Disediakan oleh : Team Media JEMPOL

Disunting oleh : Team Media JBSNS

TAMPIN, 23 April 2022 - Surau Asrama SMK Tunku Besar Tampin pada petang tadi telah dipilih bagi pelaksanaan Program Rakan Muda Ramadhan Majlis Khatam Al-Quran Daerah Tampin 1443H/2022M setelah tidak diadakan secara fizikal selama dua tahun. Majlis ini merupakan penutup kepada Program Tadarus Al-Quran di tempat yang sama sejak hari kedua umat Islam di Malaysia menjalankan ibadah puasa.

Seawal jam 5.30 petang, Majlis Khatam Al-Quran dimulakan dan diketuai oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Daud yang juga merupakan pembimbing sepanjang program tadarus dilaksanakan. Perasmian program disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Ikhwan Sridaran bin Abdullah bagi mewakili Pengetua SMK Tunku Besar Tampin. Turut hadir Encik Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin, Puan Sukmah binti Haji Hassan selaku pegawai penyelaras program, Encik Mohd Hanafiah bin Said (PKHEM SMKTBS) dan Cik Nur Atifah binti Mohamed (Warden Asrama).

Sementara menunggu tibanya waktu berbuka, majlis diisikan dengan bacaan Al-Mathurat dan tazkirah ringkas. Dianggarkan seramai 47 orang hadir pada majlis ini termasuk peserta khatam dan pelajar asrama sekolah yang turut bersama. Majlis berakhir setelah selesai solat tarawikh dan witir.

 

Disediakan oleh : Team Media TAMPIN

Disunting oleh : Team Media JBSNS