home button

Negeri Sembilan

Paroi, 18 Mei 2022 (Rabu) - Mesyuarat Penyelarasan Multimedia dan Media Sosial bil 1/2022 telah diadakan bersama barisan jawatankuasa media yang baru dilantik bagi sesi tahun 2022.

Mesyuarat ini telah di pengerusikan oleh En. Rosdi bin Pilus selaku Pegawai Multimedia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan bersama barisan team media yang terdiri dari setiap bahagian dan unit di jabatan serta wakil di setiap daerah.

Antara agenda yang telah di bentangkan dalam mesyuarat ini ialah menubuhkan beberapa unit yang akan menyelaras dan melaksanakan tugasan- tugasan yang akan diberikan dari masa ke masa. Selain itu penerangan berkaitan dengan pelaksanaan pelaporan bulanan juga ditekankan untuk mencapai KPI yang telah ditetapkan. Disamping itu juga terdapat cadangan berkaitan kursus yang akan di anjurkan dalam masa terdekat khas untuk memantapkan lagi ilmu di kalangan pegawai dan kakitangan.

 

Disediakan oleh : Team Media JBSNS

Disunting oleh : Team Media JBSNS

JEMPOL, 21 Mei 2022– Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Daerah Jempol telah berlangsung di Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol hari ini. Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jempol dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan.

Sebanyak lima (5) pasukan telah menyertai kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Daerah Jempol kali ini. Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan Netkillerz, manakala tempat ke dua milik pasukan PSKPP dan tempat ke tiga bersama dimenangi oleh Pasukan MPJL NC dan KKM Jempol.

Hadiah Johan ialah wang tunai sebanyak RM1,000 berserta medal, manakala tempat ke dua memenangi wang tunai sebanyak RM700 dan tempat ke tiga bersama memenangi wang tunai sebanyak RM300 setiap pasukan.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mahadir bin Darahi, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jempol. Hadir sama bagi memeriahkan kejohanan hari ini ialah, YBhg Dr. Zaza Hulwanee, Pegawai Kesihatan Daerah Jempol yang memberikan sokongan kepada Pasukan Pejabat Kesihatan Daerah Jempol yang turut menyertai pertandingan ini.

Jutaan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Jempol yang telah memberikan kemudahan dan penggunaan Dewan Pejabat Daerah & Tanah Jempol sebagai venue pertandingan, serta para petugas anggota Jabatan Pertahanan Awam Daerah Jempol dan semua pihak yang telah membantu menjayakan Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Daerah Jempol.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDJEMPOL

Disunting oleh : Team Media JBSNS

Jelebu, Jumaat 29 April 2022 - Telah berlangsung Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Jelebu 1443H/2022M bersempena Majlis Penutupan Bulan Islam & Ihya' Ramadhan SMA Kuala Klawang bertempat di Dewan Semarak, Sekolah Menengah Agama Kuala Klawang.

Majlis anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu, SMA Kuala Klawang dan Masjid Lama Kuala Klawang telah disertai seramai 110 orang pelajar bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.00 pagi. Majlis Khatam Al-Quran ini telah dipimpin oleh Ustaz Sharil Bin Ghazali.

Majlis perasmian program telah disempurnakan oleh Puan Norazidah Bt Abd Aziz, Pengetua SMA Kuala Klawang. Turut hadir bersama Puan Nurulhaizan Binti Abd Karim, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu serta kakitangan.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Jelebu mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama- sama menjayakan program Rakan Muda Ramadhan : Tadarus & Khatam Al - Quran Peringkat Daerah Jelebu bagi tahun 2022.

 

Disediakan oleh : Team Media JELEBU

Disunting oleh : Team Media JBSNS

Kuala Pilah-Khamis, 28 April 2022 - Telah terlaksananya Majlis Khatam Al-Quran Rakan Muda Ramadhan Peringkat Daerah Kuala Pilah 1443H/2022M bertempat di Dewan Pendeta - Sekolah Sukan Negeri Sembilan SMK Za'ba, Kuala Pilah.

Majlis anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dan SSN SMK Za'ba yang telah disertai seramai 73 orang pelajar bermula pada jam 8.00 pagi hingga 10.40 pagi. Khatam Al-Quran dipimpin bersama oleh Tn.Hj.Aminuddin bin Omar dan Ustaz Noor Asikin bin Othman.

Sejurus selepas itu majlis diteruskan dengan beberapa penyampaian iaitu Penyampaian Sumbangan kepada para pelajar ( dikalangan anak² yatim, pelajar pendidikan khas dan asnaf), Penyampaian hadiah² pertandingan sempena Ihya Ramadhan (e-Poster Ramadhan, Sampul Raya, Mencari Perkataan dan kuiz) serta Penyampaian Cenderahati kepada (Imam, Khatib dan Bilal Solat Jumaat) dan (Imam dan Bilal Solat Tarawih). Majlis Penyampaian tersebut disempurnakan bersama oleh Tn.Sharudin bin Said - Pengetua SSN SMK Za'ba dan Tn.Mohd. Faizal bin Mohd Amin - Pegawai Perhubungan Sekolah, PPD Daerah Kuala Pilah.

Turut hadir bersama ialah Pn.Rohana Bt.Ahmad (Pen.Kanan Pentadbiran SSN SMK Za'ba), En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Mewakili PBSD Kuala Pilah) dan guru² SSN SMK Za'ba.

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama- sama menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Team Media KUALA PILAH

Disunting oleh : Team Media JBSNS