home button

Negeri Sembilan

JELEBU, 21 MEI 2022- Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Jelebu 2022 bertempat di Kompleks Sukan Komuniti (KSK) Simpang Pertang. Program telah dimulakan seawal 8.30 pagi dengan taklimat dan aturcara program seterusnya perasmian program pada jam 10.00 pagi. Program ini telah menyaksikan perlawanan hebat antara kesemua pesukan yang bertanding.

Johan bagi pertandingan ini telah dimenangi oleh pasukan Pandora, manakala naib johan telah dimenangi oleh Wolf Gang seterusnya tempat ke-3 bersama adalah pasukan dari Ooohoii dan KKJU (1).

Majlis Perasmian telah disempurnakan oleh YB Tuan Noor Azmi bin Yusof ADUN PERTANG. Turut hadir sama Puan Nurulhaizan binti Abd Karim Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan Encik Kamaruzzaman Abdul Latif Pegawai Khas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan.

Semoga program ini dapat diteruskan setiap tahun bagi menggalakan budaya bersukan seterusnya dapat membina budaya hidup yang sihat. Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dan kita jumpa lagi di perlawanan peringkat negeri nanti. Tahniah dan syabas diucapkan.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDJELEBU

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PORT DICKSON, 21 MEI 2022"> - Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Port Dickson 2022 bertempat di Gelanggang Bola Jaring Politeknik, Port Dickson hari ini. Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dengan kerjasama Kelab Bola Jaring Daerah Port Dickson.

Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan BCD Netballers manakala tempat kedua Pasukan Co-Poly PD, tempat ke-3 bersama Pasukan Puspanita PD dan Pasukan PPD ISSEO.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Tn Zul Fadhli bin Abd Aziz Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan. Turut hadir adalah En Noorulhuda bin Hj Abdul Rahman Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Pengerusi Kelab Bola Jaring Daerah Port Dickson serta AJK Teknikal yang terlibat dalam pelaksanaan program ini. .

 

Disediakan oleh : Team Media PBSD PORT DICKSON

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PAROI, 10 Mei 2022 - Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berbesar hati menerima kunjung hormat dari Pengarah-pengarah Kolej Komuniti Negeri Sembilan bertempat di Bilik Mesyuarat aras 1.

Antara pengisian sesi kunjung hormat ini adalah bagi membincangkan misi dan usaha bagi mewujudkan kerjasama strategik (kolaborasi) dalam program dan aktiviti yang akan dijalankan oleh kedua-dua pihak. Selain itu pembangunan dalam membentuk belia-belia yang berkaliber dalam kemahiran serta berpendidikan tinggi juga menjadi topik perbincangan bersama.

Antara pengarah yang hadir pada sesi ini ialah Pengarah Kolej Komuniti Jempol, Tuan Hj Amri bin Abdullah, Pengarah Kolej Komuniti Jelebu, Encik Ishamuddin bin Ishak, Pengarah Kolej Komuniti Rembau, Puan Merhayati binti Sipon, Pengarah Kolej Komuniti Tampin, Encik Azwan bin Abdullah dan juga, Pengaraj Kolej Komuniti Kuala Pilah, Ts Ahmad Afandi bin Abd Khalil. Tidak lupa juga Penolong Pengarah, En Rosdi bin Pilus turut bersama dalam perbincangan ini.

Semoga isu yang dibincangkan akan terlaksana dengan kerjasama dari semua pihak bagi membangunkan belia- belia di Negeri Sembilan khususnya.

 

Disediakan oleh : Team Media JBSNS

Disunting oleh : Team Media JBSNS

Paroi, 17 Mei 2022 (Selasa) - Bertempat di Bilik Mesyuarat Aras 1 telah diadakan satu taklimat berkaitan Audit Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 - Sektor Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Berkanun.

Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh Pegawai dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Sembilan iaitu En. Muhd Afdhalluddin merankap ketua audit bersama dua orang lagi pegawai pengiring iaitu Puan Noorazura dan Puan Nurul Hidayah.

Terdapat beberapa teguran dan penambahbaikan yang telah di berikan sepanjang pengauditan ini diadakan. Pihak jabatan mengambil maklum dan akan mengemaskini dari semasa ke semasa untuk keselamatan kakitangan di pejabat khususnya.

Semoga dengan terlaksannya taklimat seperti ini, kakitangan jabatan akan lebih peka terhadap faktor-faktor keselamatan sewaktu di tempat kerja. Terima kasih diucapkan kepada Puan Junaine selaku Timbalan Pengarah telah bersama- sama dalam sesi audit pada kali ini bersama barisan jawatankuasa yang telah melaksanakan sesi ini hingga berjalan dengan lancar.

 

Disediakan oleh : Team Media JBSNS

Disunting oleh : Team Media JBSNS