home button

Negeri Sembilan

REMBAU, 21 Mei 2022 -Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Rembau 2022 telah diadakan bertempat di Gelanggang Bola Jaring ILP Pedas hari ini. Program adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Rembau dengan kerjasama Kelab Bola Jaring Rembau.

Tempat pertama dimenangi oleh Blasterz NC manakala tempat kedua Thumb Up, tempat ke-3 bersama Team Asal Boleh dan Golden Bear.

Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan oleh Puan Fairuz bt Mohamad Nor Pegawai Pejabat Belia dan Sukan Rembau. Turut hadir adalah Pengerusi Kelab Bola Jaring Daerah Rembau serta AJK Teknikal yang terlibat dalam penganjuran program ini.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDREMBAU

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PORT DICKSON, 22 Mei 2022 - Bertempat di D'Wharf Hotel & Serviced Residence Port Dickson telah diadakan Mesyuarat Agung Tahunan Majlis Belia Daerah Port Dickson bagi tahun 2022.

Perasmian majlis telah dimulakan dengan bacaan doa dan ucapan alu-aluan dari Pengerusi Majlis Belia Daerah Port Dickson iaitu Puan Nurul Ain binti Zaini. Seterusnya majlis ucapan perasmian telah disempurnakan oleh Encik Mohd Fairus bin Rosli Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan.

Turut hadir En Mohd Khushari Bin Zainal mewakili Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson dan badan-badan gabungan Majlis Belia Daerah Port Dickson iaitu KBBT, HYO, KRM , MAYC dan Gerakan Belia 4B.

Selain dari Mesyuarat Agung Tahunan seperti biasa, pada kali ini juga akan diadakan pemilihan baru kepimpinan MBD Port Dickson. Diharapkan dengan pelantikan baru kepimpinan MBD Port Dickson ini kecemerlangan MBD dapat diteruskan bagi memacu kecemerlangan belia-belia di daerah ini.

Diucapkan selamat bersidang kepada semua ahli mesyuarat semoga kecemerlangan MBD Port Dickson dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDPD

Disunting oleh : Team Media JBSNS

TAMPIN, 21 MEI 2022 - Hari ini Kompleks Arena Dataran Tampin menjadi medan Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL) 2022 Peringkat Daerah Tampin.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Tampin merupakan penganjur utama kejohanan dengan kerjasama Kelab Sukan dan Rekreasi Komuniti Parlimen Tampin (SRCC) dan di sokong rapat oleh Persatuan Bola Jaring Daerah Tampin.

Sebanyak 6 pasukan berentap bagi merebut gelaran juara dan naib juara seterusnya mewakili daerah ini ke peringkat negeri.

Tepat jam 9.00 pagi tiupan wisel dimulakan dengan perlawanan pertama dimulakan oleh pengadil. Kejohanan diserikan lagi dengan kehadiran En. Kajurin @ Kaddly bin Ujin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Tampin yang menyaksikan perlawanan akhir seterusnya sama-sama menyempurnakan sesi penyampaian hadiah.

Kejohanan pada kali ini diungguli oleh Team Raptors, Team PB Titans selaku pemenang tempat kedua dan TNC Tampin serta Merata berkongsi di tempat ketiga.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDTAMPIN

Disunting oleh : Team Media JBSNS

KUALA PILAH, 21 MEI 2022 – Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Malaysia Sports League (MSL 2022) Peringkat Daerah Kuala Pilah di KRM Kuala Pilah hari ini. Kejohanan ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan.

Sebanyak lapan ( pasukan telah bertanding dalam kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Daerah Kuala Pilah kali ini. Tempat pertama dimenangi oleh Pasukan YBS Netballerz, manakala Naib Johan menjadi milik pasukan Mystic dan Tempat Ke-Tiga Bersama dimenangi oleh Pasukan Pilah Ladies dan Jumpers Jr. Johan membawa pulang wang tunai sebanyak RM1,000 berserta medal, manakala Tempat Ke dua memenangi wang tunai sebanyak RM700 dan Atempat ke tiga bersama mendapat wang tunai sebanyak RM300 setiap pasukan.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Nor Rashidi bin Hj. Ramdzan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah. Majlis perasmian dan gimik kejohanan telah disempurnakan oleh YBgh. Puan Norafeera binti Asli, Penolong Pegawai Daerah Kuala Pilah. Hadir sama bagi memeriahkan kejohanan hari adalah Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah yang sudi membuat liputan berita daerah.

Ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pegawai Daerah Kuala Pilah yang telah menyokong kejohanan ini, Persatuan Bola Jaring Negeri Sembilan, Pegawai dan Kakitangan PBSD Kuala Pilah serta para petugas Sukarelawan dan First Aider UiTM Kampus Kuala Pilah dan semua pihak yang telah menjayakan Kejohanan Bola Jaring MSL 2022 Daerah Kuala Pilah hari ini.

 

Disediakan oleh : Team Media PBSDKUALAPILAH

Disunting oleh : Team Media JBSNS