home button

Negeri Sembilan

SEREMBAN, 4 Jun 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Badminton Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Daerah Seremban 2022 bertempat di Dewan Badminton Kompleks Belia Dan Sukan (KOMBES) Paroi. Program ini adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Seremban dengan kerjasama Persatuan Badminton Daerah Seremban.

Kejohanan Badminton MSL ini merupakan acara kedua terakhir sebelum Kejohanan Bola Jaring 3 on 3 yang akan menutup tirai MSL Daerah Seremban pada 11 Jun. Kejohanan bermula tepat jam 9.00 pagi dan berakhir jam 5.00 petang dengan menyaksikan pasukan Renion telah mendominasi kesuluruhan permainan dan telah dinobatkan sebagai Johan.

Naib Johan pula disandang oleh pasukan Usim dan tempat Ketiga dikongsi bersama antara pasukan LLBC dan SMKDHMR. Johan membawa pulang hadiah RM1000, Naib Johan RM700 manakala tempat ketiga masing masing membawa pulang hadiah sebanyak RM300.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh En. Mohd Rasdi bin Ahmaddani Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seremban. Terima kasih juga kepada AJK Teknikal yang terlibat dalam melancarkan perjalanan kejohanan hari ini.

Semoga kejohanan seperti ini akan memberikan ruang dan peluang kepada penggiat sukan dan pemain untuk lebih kompetitif dimasa akan datang. Sekali lagi diucapkan tahniah kepada pasukan yang akan mewakili Daerah Seremban di kejohanan peringkat Negeri Sembilan nanti.

 

Disediakan oleh : Team Media SEREMBAN

Disunting oleh : Team Media JBSNS

KUALA PILAH, 04 Jun 2022 - Telah terlaksana dan berlangsung nya Program Rakan Muda 'Day Out' (RMDO - Keurusetiaan/Pengurusan Sukan) Siri 1 Peringkat Daerah Kuala Pilah bertempat di Dewan Besar, Kompleks Rakan Muda Kuala Pilah.

Perlaksanaan Program RMDO ini adalah sebagai latihan Keurusetiaan & kesukarelaan sukan “Volunteer Support TASK Team" bagi membantu menjayakan program MSL- Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 yang juga sedang berlangsung. Program RMDO disertai seramai 17 orang peserta (Sukarelawan Bertugas) bermula pada jam 7.15 pagi hingga 7.05 petang.

Majlis Perasmian Program RMDO Siri 1/2022 & MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah 2022 disempurnakan oleh Tuan Rijalul Fikri bin Mustapa - Timbalan Pentadbir Tanah, Daerah Kuala Pilah manakala Majlis penutup (kedua-dua program) & Penyampaian Hadiah pula disempurnakan oleh : En.Mohd Nizam bin Miun - Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Kuala Pilah.

Turut hadir bersama ialah En. Shaharuddin bin Daud , Pegawai Penerangan Daerah Kuala Pilah, En.Syaiful Azlan bin Abdul Jalil (Penyelaras Program RMDO Daerah Kuala Pilah) dan En.Izhar b.Kamis (Penyelaras MSL-Kejohanan Badminton Berpasukan Daerah Kuala Pilah).

Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kuala Pilah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah sama-sama menjayakan program ini.

 

Disediakan oleh : Team Media KUALA PILAH

Disunting oleh : Team Media JBSNS

JELEBU, SABTU, 4 JUN 2022: Program Rakan Muda Day Out @Bukit Batu Sawa telah berjaya dilaksanakan dengan penglibatan seramai seramai 30 orang peserta yang berumur antara 15 hingga 30 tahun yang terdiri dari golongan belia setempat.

Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu dan mendapat kerjasama yang baik daripada Ibu Pejabat Polis Daerah Jelebu, Pejabat Hutan Negeri Sembilan Utara, Balai BOMBA dan Penyelamat Malaysia Daerah Jelebu, Madrasah Tahfiz Yamin dan juga penduduk Kampung Peradong Pergai.

Antara pengisian program ini adalah penggantian dan pemasangan tali keselamatan di laluan pendakian Bukit Batu Sawa, meletakkan papan tanda kebersihan dan keselamatan di samping malaksanakan kerja-kerja pembersihan. Program ini telah dirasmikan oleh Inspektor Mohd Ariff Syazwan bin Mohd Taharim Ketua Polis Balai Kuala Klawang.

Bukit Batu Sawa ini mempunyai ketinggian 333.33 meter dan merupakan antara tarikan pelancongan di Daerah Jelebu. Terdapat banyak lagi tarikan Eco - Tourism yang ada di Daerah Jelebu ini seperti, Jeram Enggang, Jeram Berungut, Gunung Besar Hantu, Bukit Batu Beras dan Gua Pasoh.

Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jelebu mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga jalinan kerjasama yang terbina akan dapat melestarikan lagi hubungan yang baik dalam mewujudkan sebuah Keluarga Malaysia yang lebih cemerlang.

 

Disediakan oleh : Team Media JELEBU

Disunting oleh : Team Media JBSNS

PORT DICKSON, 4 Jun 2022- Telah berlangsung Program Rakan Muda Day Out Siri 2/2022 Daerah Port Dickson bertempat di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti Curahan Kasih Port Dickson.

Program ini adalah anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson, Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson dan HYO Teluk Kemang yg telah disertai seramai 20 orang peserta.

Turut hadir dalam program ini ialah En Noorulhuda bin Hj. Abdul Rahman, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Port Dickson, En. Rahmat Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Port Dickson, Puan Hajjah Satah binti Abd Samad, Pengerusi PDK Curahan Kasih, En Jamsari bin Mohamad, Penghulu Mukim Port Dickson merangkap Timbalan Pengerusi PDK Curahan Kasih dan Saudari Ashikin binti Azwir, Pengerusi Sekretariat Rakan Muda Politeknik Port Dickson.

 

Disediakan oleh : Team Media PORT DICKSON

Disunting oleh : Team Media JBSNS