home button

Selangor

BANDAR BARU SELAYANG, 8 JUN 2022 - Pada 4-5 jun 2022 telah berlangsungnya Program Kembara Kelab Belia Kampung Setia bertempat di Kem Sungai Lopo,Hulu Langat. Program ini dianjurkan oleh Kelab Belia Kampung Setia bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak, dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA), Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) Kawasan Selayang dan juga Malaysia Relief Agency (MRA Selangor). Aktiviti dan pengisian di dalam program kali ini melibatkan 2 orang jurulatih yang bertauliah daripada  Kelab Sukan Rekreasi Integrasi Mega (KERISMA).

“Tujuan program Kembara KBKS ini dilaksanakan adalah untuk membantu para belia daripada Kelab Belia Kampung Setia melengkapkan komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) kerana sebahagian besar mereka merupakan peserta ARPRM di bawah badan operasi Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak. Disamping itu juga, objektif program ini adalah untuk melatih para belia di luar sana menjadi seorang yang lebih proaktif dan kuat bukan sahaja dalam segi fizikal malah juga dalam segi mental” ujar Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak.

“Dengan adanya program seperti ini, peserta dapat memperolehi banyak ilmu yang tidak semua masyarakat dapat perolehi antaranya adalah mengetahui waktu solat ketika berada di hutan, cara bermain aktiviti tali tinggi dengan betul dan juga cara cara untuk melengkapi komponen komponen Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Diharapkan segala kenangan,perkongsian atau ilmu yang diperolehi dalam Program kembara ini dapat memupuk para belia ini menjadi seorang yang lebih berjaya dan ilmu yang diperolehi itu dapat dipraktikan pada masa yang akan datang Inshaallah,” perkongsian daripada Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak.

Terima kasih pihak pejabat belia ucapkan kepada Saudara Saudara Zulkhairi bin Zainal Hisham, Pemimpin ARPRM Daerah Gombak sudi meluangkan masa untuk hadir dan berkongsikan sedikit pengalaman saudara di dalam program kembara kali ini.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

SG LEPOH, 7 JUN 2022 - Berkongsi pengalaman Pengurusan Organisasi & Dokumentasi Kelab kepada belia-belia Kelab Belia Kampung Setia. Perkongsian mengenai pengurusan pendaftaran sehingga ke pembukaan akaun bank dan dokumentasi yang perlu ada untuk setiap kelab.

“Saya beritahu kepada belia-belia bahawa kemahiran pengurusan ini bukan hanya untuk digunakan dalam kelab belia tetapi kemahiran ini juga akan membantu anda dalam urusan pekerjaan. Asas Mesyuarat (Sebelum,Semasa,Selepas) dan Penyediaan Dokumentasi telah dibentangkan di dalam program inI,” Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang.

“Saya mula menyertai program belia ketika berumur 15 tahun (2008) dalam Kelab Belia AU5D Lembah Keramat sebelum menubuhkan Kelab Bolasepak AU5'D Lembah Keramat pula pada tahun 2013. Pelbagai program dan aktiviti telah dilaksanakan di kawasan Daerah Gombak dari 2008 hingga kini. Bermula sebagai Penolong Setiausaha, Setiausaha, Bendahari, Timbalan Presiden dan sehingga menjadi Presiden. Saya lalui pengalaman di peringkat bawah sehingga memegang tampuk kepimpinan organisasi.

Semoga belia-belia ini akan berjaya dalam apa jua bidang yang diterajui pada masa akan dating” Perkongsian daripada Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang.

Terima kasih pihak pejabat belia ucapkan kepada Saudara Khushairi Aizad Jamalludin, Exco Pembangunan Belia MAYC Selayang sudi meluangkan masa untuk hadir dan berkongsikan sedikit pengalaman saudara di dalam NGO belia dan sukan yang pernah dan masih dianggotai oleh saudara.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak

KLANG, 14 Jun 2022- Pejabat Belia dan Sukan Daerah Klang telah mengadakan lawatan tapak di sekitar Laman Seni Safari, Klang untuk memastikan kelancaran Program Walk For Life yang akan dilaksanakan pada 19 Jun 2022.

Lawatan dan taklimat tersebut bersama dengan Pejabat Tanah Daerah Klang, Majlis Perbandaran Klang dan Agensi Dadah Kebangsaan Daerah Klang. 

Program Walk For Life ini bertujuan merapatkan lagi hubungan silaraturahim dikalangan masyarakat, pentadbir dan penggerak pembangunan sukan. Pelaksanaan program tersebut adalah bekerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan serta Majlis Perbandaran Daerah bagi bersama-sama dengan masyarakat untuk memupuk gaya hidup sihat harus menjadi amalan seisi keluarga.

Disediakan oleh : Norliza Ali Wee, PBSd Klang

SG LEPOH, 7 JUN 2022 - Program Kembara Kelab Belia Kampung Setia (KBKS) telah disertai  seramai 25 peserta Anugerah Remaja Perdana (ARP) Rakan Muda kategori Gangsa & Perak serta 3 orang pemimpin Anugerah Remaja Perdana terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Tertinggi KBKS telah berjaya menghabiskan komponen penjelajahan lasak yang terkandung dalam aspek penilaian di dalam Komponen ARP.

Pengisian program diteruskan dengan memasang khemah sendiri dibawah subtajuk kraf perkhemahan oleh peserta-peserta perkhemahan, pembahagian kumpulan dan perlantikkan penghulu serta penghuluwati daripada para peserta program. Program diteruskan lagi dengan aktiviti meredah hutan (jungle tracking) selama satu jam untuk menuju ke air terjun sambil peserta menghargai keindahan alam, serta mengenali tumbuhan yang hidup di dalam hutan.

Disebelah petang pula, aktiviti High Rope dan taklimat pengendalianya diteruskan oleh para peserta perkhemahan. Aktiviti malam diteruskan pula dengan sesi perkongsian daripada Khushairi Aizad Jamalludin wakil daripada MAYC Selayang tentang pengurusan NGO Sukan.

“Ucapan khususnya kepada Abg Wan Batik dan teams yang sudi bersama-sama KBKS selama tempoh perkhemahan ini berlangsung, banyak berkongsi idea, ilmu, tenaga dan masa untuk KBKS. Terima kasih juga kepada wakil Pejabat Belia dan Sukan Daerah Gombak iaitu Encik Mohd Syazwan bin Abdul Rahman kerana hadir untuk melihat perjalanan program dan berkongsi sedikit kata-kata semangat kepada semua peserta” Amirul Amin, Pengerusi Kelab Belia Kg Setia Kuang.

Disediakan oleh: Mohd Syazwan Bin Abdul Rahman, PBSD Gombak