Sarikei, 21 September 2021 – Pendaftaran Program Skim Perantisan Nasional 2021 di bahagian Sarikei terus dipergiat ke daerah Pakan pada 18 September 2021. Risalah Skim Perantisan Nasional 2021 telah disampaikan oleh Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei kepada Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan, Encik Kevin Jampang Anak Ranggak. Sebanyak 100 keping risalah telah diserahkan kepada Pengerusi Kelab Belia Pekan Pakan dan ini merupakan usaha berterusan pejabat untuk mempergiat hebahan program kepada para belia terutama belia luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dengan peluang-peluang pekerjaan yang telah tersedia. Selain itu, hebahan seperti ini mampu mengeratkan hubungan kerjasama antara pejabat dan kelab belia yang sedia ada di Sarikei seterusnya memudahkan pihak pejabat untuk bekerjasama dalam merancang dan melaksana program lain pada masa akan datang.