SARIKEI, 4 JULAI 2022 - Menerima kunjungan daripada Encik Kasim@Ahmad Bin Drahim, Pengerusi Kelab Sukan Payung Terjun Kenyalang, Sarikei.
Perbincangan berkenaan permohonan dana untuk menganjurkan Kursus Asas Base Jump pada bulan September 2022. Program tersebut adalah bertujuan untuk memperkenalkan serta melibatkan belia-belia tempatan dalam sukan Payung Terjun.