Sarikei, 22 September 2021 – Sambutan Hari Malaysia di peringkat Pasukan Perlindungan Kanak-kanak Sarikei pada 16 September 2021 telah diwarnai dengan nyanyian lagu patriotik dan majlis ringkas penyampaian sijil dan hadiah kepada pemenang bagi pertandingan video lagu patriotik kanak-kanak. Hadir sama di program tersebut Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Penolong Pegawai belia dan Sukan Bahagian Sarikei merangkap Pengerusi Pasukan Perlindungan kanak-kanak Bahagian Sarikei yang telah dipilih bersama enam orang ahli lain yang terdiri daripada pegawai perubatan, pegawai kanan polis, guru dan pemimpin tempatan. Pemilihan pegawai belia dalam sebarang komuniti di peringkat bahagian membuktikan kepercayaan yang tinggi daripada agensi yang berkaitan terhadap pegawai belia untuk mengemudi sesuatu organisasi di peringkat bahagian. Selain itu, kepercayaan serta amanah yang telah diberikan menunjukkan hubungan baik pejabat dengan agensi-agensi di Sarikei untuk bersama-sama memberi sumbangan tenaga serta buah fikiran kepada kanak-kanak dan masyarakat di Sarikei.