MUKAH, 18 SEPTEMBER 2021- Satu bengkel Tadbir urus Pertubuhan Belia Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan melalui platform zoom webinar. Bengkel anjuran Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia Malaysia dengan kerjasama Pejabat Pendaftar Belia Zon Sarawak tersebut bertujuan memberi pengetahuan kepada pertubuhan belia di Negeri Sarawak yang baru mendaftar untuk meningkatkan sistem tadbir urus dan menerangkan tentang pindaan Akta Belia yang bakal dikuatkuasakan tidak lama lagi.

Bahagian Mukah telah diwakili oleh Pegawai unit Pembangunan Belia Mukah dan empat orang Belia pemegang jawatan tertinggi dalam persatuan masing-masing.