home button

Sarawak

SARIKEI, 4 JULAI 2022 - Kursus Asas Perkhemahan di Pulako, IPGM Kampus Rajang anjuran Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang berakhir semalam.
Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari 1 malam dan disertai seramai 15 peserta yang datang dari bahagian Kuching, Miri, Sibu, Sarikei dan Betong.
Terima kasih kepada Encik Shawalludin Bin Alwi, Pengerusi Kelab Sukan Rekreasi Kampung Selalang, Encik Hapidz serta Puan Norelfiza selaku fasilitator kursus kerana telah menjayakan kursus ini.
Majlis Penutupan dirasmikan oleh Puan Jamaika Binti Marciano, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sarikei.
SARIKEI, 1 JULAI 2022 - Majlis Ramah Tamah Gawai Raya Tahun 2022 Anjuran Jawatankuasa Penyelaras Penyenggaraan Bangunan Gunasama Persekutuan (JKPPBGP) Sarikei pada 1 Julai 2022 yang lepas.
Majlis tersebut diketuai oleh Dr. Hwang Yew Lang, Pengerusi JKPPBGP dengan hasrat supaya semua pejabat di Wisma Persekutuan Sarikei dapat mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan pegawai.
Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sarikei pula diwakili oleh Pn. Jamaika Binti Marciano, En. Abdul Rani Bin Jemi dan En. Terence Tan.

MIRI, 4 JULAI 2022 – Seluruh kakitangan Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri telah dijemput hadir oleh Pengerusi Persatuan Belia Miri iaitu Encik Matassan Rohani untuk ke majlis perasmian kafe beliau iaitu Sarawak Layer Cafe pada 2 Julai 2022 (Sabtu) lepas. Sebelum ini, mereka terkenal dengan jualan kek lapis Sarawak, kini ingin meluaskan lagi perniagaan mereka dengan membuka sebuah Cafe. Pelbagai menu santapan menarik bakal mereka hidangkan kepada pelanggan yang hadir kelak.

Majlis ini disempurnakan oleh YB Lukanisman bin Awang Sauni Ahli Parlimen P.218 Sibuti. Warga Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Miri mengucapkan terima kasih atas jemputan tersebut. Semoga sentiasa terus maju jaya dan tahniah diucapkan kerana berjaya melebarkan satu sayap lagi dalam bidang perniagaan.

MIRI, 4 JULAI 2022 – Majlis konvokesyen telah diadakan bagi meraikan graduan muda TVET seramai 2,593 secara berperingkat mengikut zon di seluruh negara bermula dari 2 Julai hingga 4 September 2022. Majlis Konvokesyen IKBN Miri, Sarawak telah diadakan pada 2 Julai 2022 yang meraikan seramai 74 graduan daripada Bidang Teknologi Automotif, Teknologi Hospitaliti dan Teknologi Mekanikal.

Majlis ini dihadiri oleh YBhg. Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBrs. Ts. Dr. Ir. Azmi bin Ahmad, Timbalan Pengarah Kemahiran, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia dan Pengarah IKBN Miri, YBrs. Puan Noor Azma binti Deris. Turut bersama memeriahkan majlis tersebut ialah Yang Berbahagia Tuan Lamat anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Encik Roley anak Lagir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua graduan kerana menamatkan pengajian dengan jayanya.