home button

Sarawak

SARIKEI, 28 JUN 2022Perbincangan Sambutan Hari Belia Negara 2022 Peringkat Bahagian Sarikei bersama Puan Residen Bahagian Sarikei di Pejabat Residen Bahagian Sarikei.Perjumpaan tersebut dihadiri bersama Pegawai Penguasa MYSED dan Wakil Majlis Daerah Sarikei. Pelbagai acara dan aktiviti yang dipersetujui oleh Puan Residen untuk dilaksanakan pada 6 Ogos 2022 ini nanti.#TeamPBS6D
BETONG, 27 JUN 2022 - Pelaksanaan Program 'Walk for life' Siri 1 telah dilaksanakan bertempat di Riverfront Spaoh pada 26 Jun 2022. Program ini bertujuan menyemai budaya hidup aktif melalui berjalan kaki di samping menjadi pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran menjalani gaya hidup cergas. Turut diadakan aktiviti senamrobik dan cabutan tiket bertuah sebagai pengisian program. Seramai 118 orang peserta telah menyertai program ini. Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat seperti Kelab Kecergasan Spaoh, sekolah, komuniti setempat dan juga pihak PDRM yang sama-sama menjayakan program ini.
Mukah, 28 Jun 2022 –  Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan telah mengadakan kunjungan hormat ke Pusat Khidmat Masyarakat Yang Berhormat Tuan Royston Bin Valentine ADUN N.57 Tellian pada 28 Jun 2022. Kunjungan tersebut bertujuan untuk memaklumkan kepada beliau program terkini pejabat yang akan dianjurkan pada masa terdekat. Selain itu, kehadiran para pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah adalah untuk menyampaikan ucapan terima kasih atas sokongan dan bantuan beliau dalam membantu program pejabat.Turut hadir semasa kunjungan hormat ialah Encik Mohammad Arbi Bin Rosli dan Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab. Pihak pejabat mengharapkan hubungan baik dan kerjasama erat bersama pihak Yang Berhormat akan diteruskan demi bersama-sama dalam pembangunan belia dan sukan di Mukah.
26 Jun 2022, Sibu - Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah diadakan selama dua hari bermula dari 25 Jun sehingga 26 Jun 2022. Majlis Perasmian Kejohanan Sepak Takraw Malaysia Sports League 2022 Peringkat Negeri Sarawak telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dr. Ripin Bin Lamat, Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan Usahawan) merangkap ADUN N.72 Lambir. Turut bersama iaitu Yang Berusaha Tuan Lamat Anak Nyalau, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Yang Berbahagia En. Fudin Chee Kifli, Setiausaha Agung Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak mewakili Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Sarawak.Bahagian Sibu tidak ketinggalan untuk menyertai kejohanan ini dengan menampilkan dua pasukan yang juga merupakan johan dan naib johan di kejohanan Sepak Takraw MSL peringkat bahagian Sibu pada Mac yang lalu, iaitu menerusi KIDLZ Team dan PROJEK Team. Kedua-dua pasukan berkasi dengan baik namun nasib tidak menyebelahi pasukan KIDLZ Team yang hanya mampu bersaing sehingga peringkat suku akhir manakala pasulan PROJEK Team telah mendapat tempat Ketiga bersama. Keputusan Rasmi :Johan : PESTAM MYPHAM25 (Mukah) Naib Johan : GALAXY (Miri) Ketiga Bersama : PROJEK Team (Sibu) & MYPHAM25(Kuching) Tahniah diucapkan kepada Pasukan PROJEK Team yang telah berjaya mendapat tempat ketiga membawa pulang wang tunai dan medal. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Yang Berusaha Tuan Lamat Anak Nyalau Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak