home button

Sarawak

Sri Aman, 27 Jun 2022- Pemeriksaan premis bagi tujuan menghapuskan bahaya kebakaran di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988 Premis ke  Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman.Seramai 3 orang pengawai bomba hadir untuk membuat pemeriksaan ke atas pejabat. Hasil pemeriksaan pegawai bomba menasihatkan supaya menyediakan 4 set pemadam api di tempat yang sepatutnya untuk langkah keselamatan apabila berlaku kebakaran. Pejabat Belia dan Sukan bahagian Sri Aman mengucapkan ribuan terima kasih diatas pemeriksaan ke atas pejabat dan mengambil tindakan segera berkenaan alat pemadam ati.
LIMBANG, 29 Jun 2022 - Program LAN Klik MYKB Badan Sukan Peringkat Bahagian Limbang telah diadakan pada 26 Jun 2022, bertempat di Hotel Purnama Limbang melibatkan seramai 35 peserta dari 22 badan sukan peringkat persatuan dan kelab. Program ini dirangka khusus untuk memberikan penerangan tentang Akta Pembangunan Sukan dan juga peraturan yang berkaitan. Selain itu, program ini turut bertujuan untuk berkongsi tentang urus tadbir badan sukan seperti peranan pemegang jawatan utama, pelaksanaan mesyuarat agung dan pelaporan MYKB. Taklimat tersebut telah disampaikan oleh Encik Hasli Izwan bin Amir Hassan, Penolong Pesuruhjaya Sukan Kanan, Encik Azizi bin Johari, Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak dan juga Encik Mohd Sharbini bin Haji Golong, Penolong Pegawai Pesuruhjaya Sukan Kanan Rantau Sarawak.Kemuncak bagi program ini adalah sesi dialog bersama Encik Ibrahim bin Yusof, Pesuruhjaya Sukan Malaysia dan seterusnya penyampaian Perakuan Pendaftaran Badan Sukan baru berdaftar di Bahagian Limbang. Diharapkan program kerjasama dengan Pejabat Pesuruhjaya Sukan Rantau Sarawak ini dapat dilaksanakan lagi di masa hadapan bagi memberikan pendedahan dan juga bimbingan kepada lebih banyak badan sukan di Bahagian Limbang dan memastikan badan sukan di bahagian ini  ditadbir dengan baik dan profesional.
LIMBANG, 29 Jun 2022 - Satu mesyuarat penyelarasan sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Limbang telah diadakan pada 28 Jun 2022 bertempat di Bilik Mesyuarat Pejabat Residen Limbang. Mesyuarat tersebut adalah bagi merancang, menyelaras dan juga membincangkan pelaksanaan sambutan mengikut perspektif dan kesesuaian lokaliti di Bahagian Limbang.  Dalam mesyuarat tersebut, Encik Yaman Bin Yahya, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Limbang turut menjelaskan bahawa tema bagi sambutan Hari Belia Negara kali ini adalah "Ini Masa Kita". Ini adalah bagi menyuntik semangat kepada para belia bahawa masa muda merupakan waktu terbaik untuk belia di negara kita melaksanakan aktiviti kebaikan yang menyumbang kepada agama, masyarakat dan negara. Semoga melalui kerjasama padu yang diberikan oleh Agensi Kerajaan Persekutuan, Agensi Kerajaan Negeri serta Persatuan dan Kelab yang ada di Bahagian Limbang, dapat membantu merealisasikan segala yang telah dirancang bagi Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Limbang yang bakal diadakan pada 27 Ogos 2022.
29 Jun 2022, Bintulu - Persuaan antara Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Bintulu dan Kelab Belia Jalan Tanjung Kidurong pada Isnin lepas telah mendiskusikan mengenai perincian dan penelitian dalam merancang pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Bintulu yang bakal diadakan pada bulan Ogos 2022 ini. Perbincangan kali ini telah berkongsi idea-idea bernas antara kedua-dua pihak dalam sesi “brainstorming” yang bertempat di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Bintulu.Hasil dapatan “brainstorming” yang dilakukan, pihak pejabat telah membuat “finalize” program dengan mengadakan pelbagai aktiviti yang menarik serta memberikan manfaat kepada belia setempat khususnya  di Bahagian Bintulu. Antara aktiviti-aktiviti yang bakal dilaksanakan adalah Food Fair, Pertandingan eSport, Career Fair dan banyak lagi. Sebagai penganjur utama program ini, pihak pejabat berharap agar sambutan hari belia kali ini dapat menarik minat golongan belia setempat untuk turut bersama-sama meraihkan serta memberikan sokongan pada Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Bahagian Bintulu yang diadakan pada tahun ini.