home button

Sarawak

PERTANDINGAN AEROBATHON JEMPUTAN PERINGKAT BAHAGIAN SAMARAHAN TAHUN 2022KOTA SAMARAHAN, 26 JUN 2022- Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia danSukanBahagian Samarahan dan Encik Rahmat Bin Elli, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menghadirkan diri ke Pertandingan Aerobathon Jemputan Peringkat Bahagian Samarahan Tahun 2022 anjuran Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan/ Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Sarawak / Pejabat Belia Dan Sukan Bahagian Samarahan / The Summer Shopping Mall bertempat di Ruang Tengah The Summer Mall, Kota Samarahan.Terdapat 2 kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Terbuka dan Kategori Veteran. Sebanyak13 pasukan untuk kategori terbuka dan 6 pasukan kategori veteran. Jumlah keseluruhan penyertaan adalah sebanyak 19 pasukan. Johan bagi kategori terbuka dan kategori veteran masing-masing membawa wang tunai sebanyak RM 400.00, Naib Johan RM 300.00, Tempat ketiga RM 200.00. Majlis Penyampaian hadiah telah disampaikan oleh Encik Abu Zaid Bin Abu Bakar, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Samarahan bersama Encik Rahmat Bin Elli, Penolong Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Encik Sukiman Bin Adenan, Pengerusi Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan dan wakil Pengurus The Summer Shopping Mall.Syabas dan tahniah diucapkan kepada Kelab Sukan Kecergasan Kota Samarahan atas kejayaan penganjuran program ini.
Sibu, 28 Jun 2022 - Lawatan ke lokasi Hari Belia Negara (HBN) Peringkat Bahagian Sibu yang dijangka akan diadakan pada 21 Ogos 2022. Beberapa lokasi telah dikenalpastikan untuk dipertimbangkan bagi kesesuaian pelaksanaan aktiviti yang akan dilaksanakan sempena HBN tersebut. Pelbagai acara menarik telah dirancang untuk dilaksanakan dan moga program ini akan dapat memberi manfaat kepada semua warga Sibu amnya
Sibu, 28 Jun 2022 - Mesyuarat 1000 Liga telah diadakan secara atas talian oleh Jabatan yang dipengerusikan oleh Encik Lamat Anak Nyalau, Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak pada jam 9.00 pagi. Mesyuarat ini dihadiri oleh Cik Nur Fatheen Khairuzan bt Seleman, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Sibu, Encik Melvin Chambai Anak Gurang, Penolong Pegawai Belia dan Sukan. Mesyuarat ini diadakan untuk membincangkan tentang acara yang akan dipertandingkan di 1000 Liga.
Sri Aman, 29 June 2022, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman menerima kunjungan Saudara Alexander Frusis selaku Pegawai Khas (Hal Ehwal Sarawak) kepada YB Dato' Seri Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Antara perbincangan adalah untuk kerjasama bagi menganjurkan Program "Ziarah kasih & Hi-Tea" ke rumah kanak-kanak Datuk Ajibah Abol, Sri Aman yang akan di laksanakan pada 08 Julai 2022. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk menyantuni kanak-kanak tersebut sempena Hari Raya haji dan memberi sumbangan berbentuk peralatan menulis serta duit raya kepada 22 orang penghuni rumah kanak-kanak tersebut. Program tersebut akan dilaksanakan dengan kerjasama pihak Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman dengan Kelab belia Perdana Jalan Sabu Sri Aman (BELDANA). Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Sri Aman mengucapkan terima kasih di atas kesudian beliau ke pejabat. Pejabat amat berbesar hati untuk terus bekerjsama dengan Kelab-kelab Belia dan Kelab-kelab Sukan di Bahagian Sri Aman supaya anak muda aktif dalam membangunkan dan mermartabatkan agenda belia di Negeri Sarawak amnya dan Malaysia Khususnya.