home button

Sarawak

SARIKEI, 29 JUN 2022 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana & Teknikal Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei 2022 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Blok 2, Sarikei yang telah dipengerusikan oleh En. Abdul Rani Bin Jemi, Pegawai Penyelaras Program.Agenda mesyuarat adalah taklimat konsep pelaksanaan Program 1000 Liga serta membincangkan teknikal untuk 7 jenis sukan iaitu, Ping Pong, Badminton, Catur, Snuker, Wushu, Memanah Traditional dan Petanque yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan dan Kelab Sukan yang berkaitan.#TeamPBS6D
BETONG, 29 JUN 2022 - Program Interversi Sosial Dari Belia Untuk Belia Tahun 2022 Peringkat Negeri bakal diadakan di Bahagian Betong pada bulan September tahun 2022.Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan penglibatan Belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat dan menggalakkan kolaborasi belia bersama Pertubuhan Belia berdaftar dan lain-lain agensi berkaitan.Selain itu, pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan sumbangan belia kepada inisiatif intervensi sosial, memupuk amalan murni dalam kalangan belia serta menggalakkan belia untuk berpesatuan.Sehubungan itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara pihak pejabat dan wakil dari Politeknik METrO Betong (agensi kerjasama) iaitu, Encik Muhammad Afiq Fikri bin Mohd Jafri dan Encik Amydisyukrie bin Md Yusoff bagi meneliti dan merancang pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keadaan setempat.Kaedah perlaksanaan program ini nanti akan dilaksanakan secara advokasi, kempen, pendidikan, latihan, ceramah dan yang bersesuaian dalam menangani permasalahan sosial di kalangan belia. Di harap inisiatif ini dapat membentuk dan melahirkan generasi Belia yang mantap, sihat serta kukuh sahsiahnya sebagai aset sosial terpenting kepada negara.
MIRI, 30 JUN 2022 – Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Gangsa telah diadakan di Dewan Perdana, Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang pada 29 Jun 2022 (Rabu) lepas. Dijemput hadir pada majlis tersebut ialah Encik Roley anak Lagir Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri, Cik Amy Noryanti binti Eni dari unit pembangunan Rakan Muda, dan Cikgu Amri bin Haji Azmi Penolong Pegawai Pendidikan Daerah Unit Pembangunan Bakat Murid (kokurikulum). Sesi penyerahan sijil dan pin telah diwakili oleh Pengetua Kolej Tun Datu Tuanku Haji Bujang Miri dan Encik Roley anak Lagir, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Miri.  Seramai 27 orang pelajar layak menerima anugerah ini pada hari tersebut. Tahniah dan syabas diucapkan kepada peserta Tahap Gangsa tersebut kerana berjaya melengkapkan setiap komponen dengan jayanya walaupun pelbagai rintangan yang perlu dilalui. Semoga peserta yang menerima anugerah ini memberi inspirasi kepada pelajar lain untuk menyertai program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
BETONG, 28 JUN 2022 - Satu sesi Perbincangan Program Walk For Life (23/7) Siri Ke-3, Debak & W-Fit@Community Siri 1 Betong & Siri 2 Saratok serta Tatacara Permohonan Pendaftaran Kelab Sukan, Rekreasi & Kecergasan telah diadakan bertempat di Ruang Tamu, Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong oleh Cik Nurulzamzam Bt Hj. Shafi'ie, Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Betong bersama dengan Encik Ibrahim bin Bujang dan Cik Lina Lee jurutunjuk kecergasan. Perbincangan tersebut adalah untuk perincian aktiviti yang bakal dilaksanakan.