home button

Sarawak

BINTULU, 4 JULAI 2022 – Pihak Pejabat Belia dan Sukan Bintulu telah diberi amanah untuk menyampaikan sedikit taklimat berkenaan kecergasan fizikal sempena Hari Sukan Lembaga Hasil Dalam Negeri Sarawak pada 1 Julai yang lalu. Hadir menyampaikan taklimat tersebut iailah Encik Hailey Robson, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bintulu. Sesi taklimat yang dihadiri oleh seramai 180 orang peserta tersebut disusuli dengan sesi senamrobik yang dikendalikan oleh Kelab Kecergasan Hyperenergetic Bintulu.
BETONG, 29 JUN 2022 - Kunjungan daripada Presiden Kelab Sukan Rekreasi Permotoran Bandar Baru Betong En Abdul Rahim bin Jaini ke Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Betong. Kunjungan tersebut bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan penghantaran MYKB kelab. Puan Noorlina Bt Mirais dari pihak pejabat telah memberi penerangan serta beberapa maklumat yang perlu dilakukan oleh pihak kelab sebelum menghantar MYKB supaya pengisian maklumat yang diberi lengkap dan memenuhi prosedur yang ditetapkan.Pihak pejabat juga menyeru supaya kelab atau persatuan yang telah berdaftar dengan Pesuruhjaya Sukan Malaysia di Bahagian Betong supaya sentiasa mengemaskini MYKB untuk mengelakkan kelab atau persatuan dibatalkan.
SARIKEI, 29 JUN 2022 - Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana & Teknikal Program 1000 Liga Peringkat Bahagian Sarikei 2022 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Gunasama, Wisma Persekutuan Blok 2, Sarikei yang telah dipengerusikan oleh En. Abdul Rani Bin Jemi, Pegawai Penyelaras Program.Agenda mesyuarat adalah taklimat konsep pelaksanaan Program 1000 Liga serta membincangkan teknikal untuk 7 jenis sukan iaitu, Ping Pong, Badminton, Catur, Snuker, Wushu, Memanah Traditional dan Petanque yang akan dilaksanakan dengan kerjasama Persatuan dan Kelab Sukan yang berkaitan.#TeamPBS6D
BETONG, 29 JUN 2022 - Program Interversi Sosial Dari Belia Untuk Belia Tahun 2022 Peringkat Negeri bakal diadakan di Bahagian Betong pada bulan September tahun 2022.Objektif pelaksanaan program ini adalah untuk meningkatkan penglibatan Belia sebagai agen perubahan dan memainkan peranan membantu mencegah gejala sosial dalam masyarakat dan menggalakkan kolaborasi belia bersama Pertubuhan Belia berdaftar dan lain-lain agensi berkaitan.Selain itu, pelaksanaan program ini adalah untuk menggalakkan sumbangan belia kepada inisiatif intervensi sosial, memupuk amalan murni dalam kalangan belia serta menggalakkan belia untuk berpesatuan.Sehubungan itu, satu sesi perbincangan telah diadakan di antara pihak pejabat dan wakil dari Politeknik METrO Betong (agensi kerjasama) iaitu, Encik Muhammad Afiq Fikri bin Mohd Jafri dan Encik Amydisyukrie bin Md Yusoff bagi meneliti dan merancang pelaksanaan program yang bersesuaian dengan keadaan setempat.Kaedah perlaksanaan program ini nanti akan dilaksanakan secara advokasi, kempen, pendidikan, latihan, ceramah dan yang bersesuaian dalam menangani permasalahan sosial di kalangan belia. Di harap inisiatif ini dapat membentuk dan melahirkan generasi Belia yang mantap, sihat serta kukuh sahsiahnya sebagai aset sosial terpenting kepada negara.