home button

Sarawak

KOTA SAMARAHAN, 17 JANUARI 2020 – Sekalung penghargaan dan terima kasih diberikan kepada Sekolah Tunas Bakti, Kuching di atas kerjasama dalam menjayakan Program Inspirasi Anak Muda (I AM).

Sijil Penghargaan telah disampaikan oleh En. Jack Anak Pioh selaku fasilitor program kepada Timbalan Pengetua Puan Suliana binti Jeryin mewakili Pengetua Sekolah Tunas Bakti, Kuching.

Terdahulu, Program Inspirasi Anak Muda (I AM) telah dilaksanakan selama 3 bulan bermula bulan September hingga November 2019 yang lalu melibatkan seramai 15 orang pelajar Tingkatan 4 sekolah berkenaan. Antara pengisian Program I AM adalah Ujian Psikometrik dan Sesi Kaunseling serta pelaksanaan Modul Super Skill for Life (SSL – A) kepada semua peserta yang terlibat.

Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Puan Siong Ai Chen, Pegawai Kaunseling Sekolah Tunas Bakti Kuching.

KUCHING, 20 JANUARI 2020 – Mesyuarat Berkala Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah diadakan di Ibu Pejabat, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak. Mesyuarat dipengerusikan oleh Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah JBS Sarawak bersama-sama Ketua Cawangan Pentadbiran, Belia, Sukan, Rakan Muda, Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak dan Pegawai-Pegawai Belia dan Sukan Bahagian.

Mesyuarat Berkala bermula seawal jam 9.00 pagi dengan Mesyuarat Majlis Bersama Jabatan (MBJ) Bil.1/20 Mesyuarat Eksekutif Bahagian Bil.1/20, Mesyuarat Pengurusan Esksekutif Bi.1/20, Mesyuarat Jawatankuasa Anti Rasuah (JAR) Bil.1/20 dan Bengkel Pelan Tindakan JBS Sarawak bagi tahun 2020.

Pelbagai isu dan cadangan penambahbaikan khususnya perjawatan dan pelaksanaan program telah dibincang di dalam mesyuarat tersebut. Semoga tahun 2020 akan menjadi lebih baik dan Berjaya dari tahun-tahun sebelumnya dengan adanya kerjasama dan komitmen dari semua warga JBS Sarawak.

KUCHING, 17 JANUARI 2020 – Satu Mesyuarat Penyelarasan Petronas Le Tour de Langkawi Stage 1 Kuching, Sarawak Bil.2 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Bangunan Baitulmakmur, MASJA, Kuching. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Puan Nancy Binti Jolhi, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sarawak.

Mesyuarat kedua Le Tour de Langkawi untuk edisi Sarawak ini membincangkan tentang maklumbalas dari pihak Human Voyage selaku Penganjur Utama Le Tour de Langkawi serta dari ahli Jawatankuasa yang akan membantu semasa Kejohanan tersebut nanti.

Turut hadir di mesyuarat tersebut ialah Encik Abu Zaid Abu Bakar dan En, Rahmat Elli, mewakili Pengarah Jabatan Belia dan Sukan negeri Sarawak dan beberapa agensi dan Jabatan Kerajaan Persekutuan dan Negeri yang akan bersama-sama memastikan kelancaran Kejohanan berprestij tersebut.

KUCHING, 21 JANUARI 2020 – Perhimpunan Bulanan JBS Sarawak Bil.1/2020 sebagai pembuka tirai tahun baru 2020 mempunyai keunikan tersendiri apabila Cawangan Pentadbiran, JBS Sarawak sebagai tuan rumah telah memilih Perayaan Tahun Baru Cina sebagai tema perhimpunan pada kali ini.

Perhimpunan tersebut telah dihadiri oleh pegawai dan kakitangan dari Ibu Pejabat, PBS Bahagian, Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia(ROY), Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sarawak(PJS) dan Perbadanan Stadium Malaysia Kuching. Puan Azura Hj. Sarbin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah menyampaikan amanat kepada semua hadirin yang hadir pada majlis tersebut.