Sarawak
KEJOHANAN AKHIR BOLA KERANJANG 3X3 MSL PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- Butiran
- Pentadbir JBS Sarawak
- Jumlah paparan: 4

KATEGORI LELAKI
Ucapan Syabas dan Tahniah kepada semua!
MESYUARAT PENGURUSAN PEJABAT BELIA DAN SUKAN BAHAGIAN MUKAH
- Butiran
- Pentadbir JBS Sarawak Zon Utara
- Jumlah paparan: 4

Mukah, 04 Julai 2022 – Satu mesyuarat pengurusan pejabat telah diadakan pada 30 Jun 2022 di Pejabat Belia dan Sukan Bahagian Mukah. Mesyuarat diadakan bertujuan untuk membincangkan pengurusan pejabat dari segi pentadbiran dan kewangan. Selain itu, mesyuarat turut membincangkan perancangan dan pelaksanaan program pejabat dan penglibatan bersama rakan starategik sepanjang tahun 2022.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Mukah, Encik Bonnie Manau Anak Michael Amerikan dan turut dihadiri Encik Mohammad Arbi Bin Rosli, Encik Awang Mohamad Pakar Bin Awang Abdul Wahab dan Puan Arfiza Binti Mudin.
KEJOHANAN BOLA KERANJANG 3X3 MALAYSIA SPORTS LEAGUE PERINGKAT NEGERI SARAWAK
- Butiran
- Pentadbir JBS Sarawak
- Jumlah paparan: 11

SECEBIS PENGHARGAAN MEMBAWA SERIBU MAKNA
- Butiran
- Pentadbir JBS Sarawak Zon Utara
- Jumlah paparan: 7

BINTULU, 4 JULAI 2022 – Pada malam 2 Julai 2022, telah dilangsungkan Majis Ramah Mesra Hari Raya Gawai dan Apresiasi Wisma Persekutuan Bintulu. Majlis yang penuh sederhana ini telah dirasmikan oleh Yang Behormat, Encik Johny Pang Liong Ming, ADUN N.68 Tanjung Batu. Beliau turut meluangkan masa untuk menyampaikan sijil penghargaan perkhidmatan setia kepada kakitangan dan pegawai yang telah berkhidmat lebih dari 20 tahun. Salah seorang penerima anugerah tersebut ialah Encik Osman bin Rosli dari Pejabat Belia dan Sukan Bintulu yang telah berkhidmat selama 28 tahun di Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sepanjang persiapan dan semasa majlis ini berlangsung, pihak Pejabta Belia dan Sukan Bintulu telah ditugaskan untuk merencana pengisian dan perjalanan aktiviti agar majlis ini dapat berjalan dengan lancar dan padat dengan aktiviti menarik.