KOTA KINABALU, 29 MEI 2022 - Team YS A berjaya menjadi Johan Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Badminton Berpasukan yang berakhir hari ini

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat adalah dengan Kerjasama Kelab Badminton Daerah Putatan telah diadakan selama dua (2) hari.

Johan pertandingan Team YS A membawa balik RM1000.00 dan medal, Naib Johan Team YS B, RM700.00 dan tempat ketiga bersama: Team LBA dan Papar = RM300.00.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Pantai Barat bagi Pertandingan Badminton Berpasukan peringkat Negeri Sabah yang dijangka akan dilaksanakan pada bulan julai tahun ini.

Ucapan penghargaan dan terima kepada pihak Kelab Badminton Daerah Putatan, Ketua Juri Pengadil, Pengadil Perlawanan dan Sukarelawan diatas kerjasama yang diberikan bagi menjayakan pelaksanaan program ini.

Jutaan terima kasih juga kepada penaja utama Program ini iaitu pihak syarikat life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan yang diberikan. Life Water Industries Sdn Bhd Tritonic Isotonic Drink.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat