KOTA KINABALU, 27 Mei 2022 - Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah mengucapkan tahniah dan syabas kepada peserta-peserta Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Sekolah Integriti Kota Kinabalu yang berjaya melengkapkan kompenen ARPRM tahap gangsa.

Program ARPRM di Sekolah Integriti Kota Kinabalu merupakan program rintis dan akan diperluaskan ke sekolah-sekolah integriti yang lain pada masa hadapan. Seramai 11 orang peserta telah ditauliahkan pada majlis ini dan mereka akan meneruskan program sehingga ke tahap perak. Ini membuktikan bahawa program ARPRM ini tidak hanya terhad kepada golongan belia tertentu sahaja tetapi juga releven dan terbuka kepada semua golongan belia yang berumur 15 hingga 24 tahun di seluruh negara. Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah akan terus mendukung sepenuhnya usaha Sekolah Integriti dalam melahirkan lebih ramai peserta dan pemimpin program ARPRM pada masa akan datang.

Majlis pentauliahan telah berlangsung pada 27 Mei 2022 bertempat Dewan Penjara Kota Kinabalu dan penyampaian sijil pentauliahan telah disempurnakan oleh YBhg. KP Haji Ajidin bin Haji Salleh (Pengarah Bahagian Pengurusan Banduan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Turut hadir bersama meraikan penerima anugerah tahap gangsa ini ialah PKK Rosman bin Norman, Timbalan Pengarah Penjara Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, PKK Teyun Thian Eim, Pengarah Penjara Pusat Kota Kinabalu, Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Guru-Guru Sekolah Integriti, Pegawai-pegawai Jabatan Penjara Malaysia Sabah serta Pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah

Oleh :
Mohammad Hafiz bin Abdul Halim
JBSN Sabah