BEAUFORT- 24 APRIL 2022 – Program Rakan Muda Ramadhan Bahagian Beaufort telah selesai dilaksanakan bermula 3 – 24 April 2022, pengisian Program Rakan Muda Ramadhan adalah Tadarus Al-Quran dan berakhir dengan Majlis Khatam Al-Quran di Surau Ar-Raudhah Taman Wawasan, Beaufort. Anjuran bersama Surau Ar-Raudhah Taman Wawasan, Beaufort, KRT Taman Wawasan, Ketua Bahagian USIA Beaufort dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah.

Majlis ini juga dirasmikan oleh YB tuan Haji Ruslan bin Muharam, Adun N.34 Lumadan Merangkap Pengerusi Ketua Bahagian USIA dan Persatuan Bisaya Bersatu Sabah, seterusnya YB menyampaikan sijil penghargaan, sijil penyertaan serta menyampaikan sumbangan wang tunai daripada beliau sendiri kepada belia-belia yang mengikuti Majlis Khatam Al-Quran sekaligus berbuka puasa bersama-sama dalam program tersebut.

Turut hadir Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Zainuddin bin Atin, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Bahagian Beaufort, Tuan Haji Jaludin bin Haji Kadir, Pengerusi Surau Ar-Raudhah, Encik Aliapa, Pengerusi KRT Taman Wawasan, Encik Yassin Omar, Pegawai Belia dan Sukan kementerian Belia dan Suakn Beaufort dan Encik Mohd Hairul mewakili Gabungan Persatuan Belia Pendalaman Bawah.


#jbsnbersama
#pbsbbeaufort
#sabahmajujaya

Disediakan oleh,
Nurhayati binti Salleh
PBSP Beaufort