KOTA KINABALU, 14 Jun 2022 – Satu perbincangan penyelarasan Program Youth Career (Y-Career) Peringkat Negeri Sabah 2022 bersama pihak Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) Negeri Sabah yang diketuai oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Perbincangan ini diadakan bagi membuat penyelarasan berkaitan syarikat-syarikat dari semenanjung Malaysia dan Negeri Sabah yang akan dipelawa untuk menyertai pameran dan sesi pengambilan pekerja dalam program ini. Diharapkan syarikat-syarikat yang mengambil bahagian dalam program ini dapat menyediakan peluang pekerjaan berdasarkan keperluan industri dan meningkatkan penawaran pekerjaan kepada para belia.

Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Encik Daud Bin Nordin, Encik Mohd Fikri Bin Abdullah, Encik Raslin Bin Aras dan Puan Annie Kong Mei Ying daripada Cawangan Perkhidmatan Pekerjaan, PERKESO Negeri Sabah.



Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah