KOTA KINABALU, 09 Jun 2022 – Bagi memastikan penganjuran program atau aktiviti sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan berjalan dengan lancar, satu perbincangan penyelarasan bersama Sekretariat HBN kebangsaan telah diadakan secara atas talian hari ini.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menyelaras program-program sempena HBN Kebangsaan dan senarai jawatankuasa yang akan terlibat dalam pelaksanaannya. Perbincangan ini diketuai oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah.

Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN dan Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah