KOTA KINABALU, 27 Januari 2022 - Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat telah menghadiri Majlis Amanat Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal bin Dato' Azumu bersama warga kerja Kementerian Belia dan Sukan, secara langsung melalui Aplikasi Zoom Meeting hari ini.

Antara intipati Amanat YB Menteri adalah memastikan Tahun 2022 menjadi tahun penting bagi pelaksanaan program yang dapat memberi impak semaksima mungkin kepada kumpulan sasaran. Justeru, elemen penentu kejayaan adalah bersandarkan kepada penjenamaan program, tadbir urus yang baik, pengaplikasian teknologi, KBS menggerakkan belia dan sukan berdasarkan data, pendekatan baharu, sinergi antara agensi dan pelan komunikasi strategik.

Turut hadir dalam sesi amanat berkenaan ialah YB Senator Dato' Sri Ti Lian Ker, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YBhg. Dato' Jana Santhiran Muniayan, Ketua Setiausaha KBS dan Puan Ramona binti Mohd Razali, Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

#TeamKBS
#Amanat2022
#KeluargaMalaysia