TENOM, 21 Mei 2022 - Satu Program Motocross Peringkat Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Rundum, Tenom Sabah.

Seramai 80 orang penyertaan dalam program ini yang terdiri daripada kelab permotoran dan individu sekitar Daerah Tenom, Nabawan, Tambunan dan Keningau. Antara pengisian program yang dijalankan adalah pengenalan motocross, teori dan pratikal dan Konvoi Motocross Tenom ke Rundum Highlands.

Pelepasan Konvoi disempurnakan bersama oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBhg. Tuan Mas Syazwan Masood, Pegawai Daerah Tenom dan YBhg. Tuan Jamawi Jaffar, Pengerusi Sabah Urban Development Corporation Sabah, selaku penaung Kelab Motocross Tenom.

Semantara itu, Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Turut hadir, Encik Mohd Mu'azam Shah, Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan Encik Faizam Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah