KOTA KINABALU, 28 Mei 2022 - Pelaksanaan Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Badminton Berpasukan diadakan bermula hari ini sehingga 29 Mei 2022 bertempat di Kompleks Sukan Tun Adnan Yayasan Sabah, Kota Kinabalu, Sabah.

Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Pantai Barat adalah dengan Kerjasama Kelab Badminton Daerah Putatan. Sebanyak 8 pasukan menyertai pertandingan ini

Jutaan terima kasih juga kepada penaja utama Program ini iaitu pihak Syarikat Life Water Industries Sdn Bhd diatas sumbangan yang diberikan.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat