12 MEI 2022, Kota Kinabalu - Dalam memantapkan sesuatu agensi untuk berdaya saing maka perlu seiring dengan kekuatan pegawai dan kakitangannya. Sehubungan dengan itu perlu ada pengiktirafan dan sumbangan atas kerja-kerja yang mereka lakukan sepanjang perkhidmatan mereka sepertimana yang diucapkan oleh Tuan Osman Aganduk, Pengerusi Ahli Lembaga Pengarah, Lembaga Sukan Sabah pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang “Sanjungan Budi, Lambaian Kasih” Tahun 2021 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2022 Anjuran Lembaga Sukan Sabah, bertempat di Sipadan Hall III, Sabah International Convention Centre (SICC).

Dalam program berkenaan Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah turut hadir bagi memeriahkan serta meraihkan pegawai dan kakitangan Lembaga Sukan Sabah yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sambutan Penghargaan kepada mereka yang telah bersara dari perkhidmatan.

#JBSNM
#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbssabah

Disediakan oleh :
Unit Pembangunan Sukan
JBSN Sabah