BELURAN, 19 Mei 2022 - Majlis Perasmian Program Aktif @ Sukan Luar Bandar & Fit and Active Family Peringkat Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Kampung Beluran, Sabah.

Hampir 500 orang penyertaan dalam program kali ini yang terdiri daripada enam (6) buah kampung berdekatan sekitar Kampung Lingkabau, Beluran. Antara pengisian program yang dijalankan adalah Senamrobik, Sukan Tarik Tali, Sukaneka, Bola Sepak, Bola Jaring dan Sepak Takraw.

Majlis Perasmian program disempurnakan oleh YBhg. Encik Kamri @ Mohd Sabree Bin Hasim, Penyelia Kemajuan Masyarakat DUN N.48 Sugut, mewakili YB Datuk James Ratib, Pembantu Menteri Pertanian dan Perikanan Sabah merangkap ADUN N.48 Sugut.

Turut hadir YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, YBrs. Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan YBrs. Encik Mohd Syahrin Bin Ibrahim, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Sandakan.

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah