KOTA KINABALU, 01 Jun 2022 - Unit Pembangunan Rakan Muda , Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah membuat satu lawatan tempat pelaksanaan Program Prolog Rakan Muda di Akademi Kastam Malaysia Cawangan Sabah.

Program ini akan dilaksanakan bagi memastikan perjalanan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) sentiasa mengikut arus zaman pendigitalan berbanding sebelum ini peserta ARPRM menggunakan buku rekod yang standard yang dikeluarkan oleh pihak Kementerian bagi mencatatkan segala aktiviti sepanjang pelaksanaan aktiviti. Dengan terlaksananya program ini nanti ia dapat memudahkan pengurusan operasi atau pentadbiran terutamanya penyimpanan data-data program. Antara faktor sistem ini diwujudkan adalah untuk mencapai kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak The Duke Of Edinburgh International Award Foundation dimana negara-negara yang mengambil bahagian perlu memperkenalkan satu sistem yang dikenali sebagai Online Record Book (ORB).

Lawatan tapak ini telah dipermudahcara oleh Puan Fiona dari Bahagian Kewangan AKMAL Sabah. Turut hadir dalam lawatan ini Puan Siti Norwinah binti Narawi, Pegawai Unit Pembangunan Potensi, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Disediakan oleh 
Mohammad Hafiz bin Abdul Halim
JBSN Sabah