KOTA KINABALU, 26 Januari 2022 – Satu kunjung hormat telah dibuat oleh Encik Mohd Khailani bin Ismail, Pengarah Kluster Kerjaya i-Lead kepada Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.

Kunjung hormat ini bertujuan untuk mewujudkan jalinan kerjasama antara i-Lead dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dalam penganjuran Program Pembangunan Belia di negeri ini. Dalam perjumpaan ini juga i-Lead telah memberi taklimat mengenai Program Pencetus Ekonomi Kerjaya Anak Muda (PEKA) yang akan dianjurkan pada masa terdekat di negeri Sabah yang juga akan melibatkan agensi lain seperti KBSS, PERKESO, UMS dan UITM.

Turut bersama dalam kunjung hormat ini ialah Encik Mohamad Mazlan bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah JBS Sabah, Encik Dharzuky bin Daud @ Zakaria, Ketua Penolong Pengarah Kluster Kerjaya, i-Lead, Encik Mazlan bin Mohamed, Penolong Pengarah Kanan, Kluster Kerjaya i-Lead, Puan Shonitah binti Terang, Ketua Kem Wawasan Negara Kundasang serta pegawai-pegawai kanan JBS Sabah.


Oleh:
Mohamad Safwan bin Ibrahim
JBSN Sabah