KOTA KINABALU, 17 Jun 2022 - Syabas dan tahniah kepada 5 orang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) KBS Tahun 2021 bagi Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Anugerah ini merupakan pengiktirafan bagi meraikan kecemerlangan warga KBS. Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah mengucapkan setinggi penghargaan dan tahniah kepada Encik Hamzah Md Tahir, Encik Ryandie Angsukup, Puan Azliah Jain @ Jafrin, Encik Yunos Bin Osman dan Encik Joslam Bin Syarifuddin.

Majlis disempurnakan Menteri Belia dan Sukan, YB Dato' Seri Ahmad Faizal Dato' Azumu yang mana turut disiarkan secara dalam talian.

Turut bersama, YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, dan Puan Metchella Febrynna Metha, Penolong Pengarah Bahagian Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

#TeamJBSN
#JBSNBersama
#jbssabah
#AnugerahPerkhidmatanCemerlang

Disediakan oleh
Unit Pengurusan
JBSN Sabah