home button

Sabah

KOTA KINABALU, 10 Jun 2022 – Meyuarat Program Youth Career (Y-Career) Peringkat Negeri Sabah telah diadakan bertempat di Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah yang dipengerusikan oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia.

Agenda utama dalam mesyuarat ini adalah pembentangan konsep pelaksanaan program dan penyelarasan bersama agensi-agensi berkaitan. Pada tahun ini, Program Y-Career akan dilaksanakan bersempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Sabah julai nanti.

Program Y-Career ini dapat memberi akses kepada belia massa untuk mendapatkan maklumat dan peluang mengikuti latihan dan penempatan pekerjaan berdasarkan keperluan industri serta meningkatkan penawaran pekerjaan kepada belia melalui kerjasama strategik dengan majikan bagi menyokong keperluan tenaga kerja di koridor ekonomi negara sekaligus mengurangkan kadar pengangguran di negeri ini.

Turut bersama dalam mesyuarat ini ialah Encik Azami Md. Zain wakil Jabatan Tenaga Kerja Negeri Sabah (JTK) dan Encik Rusdi Belun mewakili Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sabah (SPANS)


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

PUTRAJAYA, 09 Jun 2022 – Satu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Belia Negara Bil. 2/2022 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat, Aras 15, Menara KBS dan dipengerusikan oleh YBrs. Tuan Mohd Azhari Bin Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Agenda utama mesyuarat ini adalah taklimat Konsep pelaksanaan Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan 2022 dan pembentangan program/aktiviti oleh agensi-agensi dibawah Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.

Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diwakili oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia yang hadir secara atas talian.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 09 Jun 2022 – Bagi memastikan penganjuran program atau aktiviti sempena Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan berjalan dengan lancar, satu perbincangan penyelarasan bersama Sekretariat HBN kebangsaan telah diadakan secara atas talian hari ini.

Perbincangan ini adalah bertujuan untuk menyelaras program-program sempena HBN Kebangsaan dan senarai jawatankuasa yang akan terlibat dalam pelaksanaannya. Perbincangan ini diketuai oleh Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah.

Turut bersama dalam perbincangan ini ialah Encik Mohd Uzaini Mohamad Sani, Pengarah Cawangan Sosial, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN dan Encik Abqaree Fawwaz Abekan, Presiden Majlis Belia Sabah.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah

KOTA KINABALU, 08 Jun 2022 – Satu perjumpaan bersama Tuan William Ahlan, Timbalan Setiausaha Tetap (Belia), Kementerian Belia dan Sukan Sabah telah diadakan hari ini.

Tujuan perjumpaan adalah untuk membincangkan status semasa Sambutan Hari Belia Negara Peringkat Kebangsaan yang akan diadakan di negeri Sabah.

Turut bersama dalam perjumpaan ini ialah Encik Noorman Bin Ramlan, Timbalan Pengarah, Bahagian Pembangunan Belia, JBSN Sabah dan Encik Muadzad Shahrom Muhasip, Penolong Setiausahan Kanan (Belia), KBSS.


Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah