home button

Sabah

KOTA KINABALU, 15hb Mei 2022 – Team Plaza 333 x Riser YJML hadapi saingan sengit sebelum muncul Johan Pertandingan Bola Keranjang 3x3 Kategori Wanita Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022.

Naib Johan telah dimenangi oleh Plaza 333 x Riser SZJC dan tempat ketiga bersama telah dimenangi oleh Ujana Kingfisher & Plaza 333 Lunduss. Sebanyak 10 pasukan telah menyertai pertandingan untuk kategori Wanita pada kali ini.

Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat sangat menghargai semua pasukan yang telah menyertai pertandingan ini.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat


KOTA KINABALU, 15hb Mei 2022 – Team Doven, Johan Pertandingan Bola Keranjang 3x3 Kategori Lelaki Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022.

Pertandingan yang diadakan selama dua (2) hari ini telah disertai oleh 48 pasukan lelaki dan dilaksanakan dalam bentuk liga. Naib Johan pertandingan ini telah dimenangi oleh G.O.M Kota Kinabalu High School dan Tempat Ketiga masing-masing dimenangi oleh G.O.M dan LLWC.

Johan dan Naib Johan akan mewakili Bahagian Pantai Barat ke Kejohanan Peringkat Negeri pada bulan Jun 2022 akan datang.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

KOTA KINABALU, 14hb Mei 2022 - Program Malaysia Sport League Peringkat Bahagian Pantai Barat Tahun 2022 bagi Acara Bola Keranjang 3x3 Kategori Lelaki dan Wanita (Perlawanan Peringkat Kumpulan) bermula hari ini yang dilaksanakan bertempat di Gelanggang Bola Keranjang, Kompleks Likas, Sabah.

Sebanyak 48 Pasukan Kategori Lelaki dan 10 Pasukan Wanita telah mendaftar bagi menyertai pertandingan ini yang dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Bola Keranjang Negeri Sabah dan Persatuan Bola Keranjang Daerah Putatan.

LProgram yang dilaksanakan selama dua hari (2) ini di taja oleh Syarikat Life Water Industries Sdn Bhd, ARARAT Sports & Souvenirs Sdn. Bhd, Asia Pacific Top Ecellence Brand Committee (APC), Persatuan Usahawan Maju Malaysia (PUMM) Nyek Seng (NS). Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat sangat menghargai sumbangan dan Kerjasama untuk menjayakan pertandingan ini.

Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat

PITAS, 15 Mei 2022 - Satu Program Motocross Peringkat Negeri Sabah telah diadakan hari ini bertempat di Trosongko, Pitas Sabah.

Seramai 40 orang penyertaan dalam program kali ini yang terdiri daripada kelab permotoran dan individu sekitar Bahagian Kudat. Antara pengisian program yang dijalankan adalah pengenalan motocross, teori & pratikal serta "mini race".

Majlis Perasmian penutup disempurnakan oleh YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.

Turut hadir, Encik Fedrius Bin Jumi, Penolong Pengarah Bahagian Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, dan Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Kudat

Disediakan oleh
Ryandie Angsukup
JBSN Sabah.