TELUK BAHANG, 19 Disember 2021- Sebuah aktiviti penjelajahan hutan dilakukan sebagai salah satu aktiviti yang dirancang di dalam program perjumpaan semula bekas-bekas peserta Program Kapal Belia Asia (SSEAYP) Malaysia tahun 1988 di Pulau Pinang.Program ini diketuai oleh Tuan Mod Nadzri, mantan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan dibantu oleh dua orang pegawai dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah Barat Daya Pulau Pinang iaitu Encik Saiful Adli bin Sudin dan Encik Mohd Syazwan bin Anuar yang berperanan sebagai jurupandu arah bagi aktiviti penjelajahan ini.Cuaca agak baik dengan hujan halus melitupi hutan simpan tersebut dan memberikan suasana yang sejuk dan lembap. Seramai kira-kira 30 orang peserta telah mengikuti aktiviti ini dan berjaya menamatkan penjelajahan dengan baik walaupun rata-rata mereka adalah berusia lingkungan 60 tahun.Jelasnya, aktiviti kecergasan dan lasak ini mampu dilaksanakan tanpa mengira faktor usia dan paling penting ianya perlu diamalkan dengan cara yang betul dan bersesuaian.