Bukit Mertajam, Pulau Pinang, 3 hingga 4 Disember 2021 – Klinik Pembangunan Sukan Teqball Peringkat Negeri Pulau Pinang telah dilaksanakan dengan jayanya bertempat di Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Program dengan kerjasama Persatuan Teqball Malaysia telah disertai seramai 30 orang peserta yang berumur antara 18 hingga 25 tahun. Majlis Penutup telah dirasmikan oleh Cik Natrah Binti Esa, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Utara dan turut dihadiri oleh Presiden Teqball Malaysia , En. Siva Kumar Jakarathan serta wakil dari Bahagian Pembangunan Sukan, KBS, En. Ahmad Adam bin Khalib serta En. Sahaipun Nizan bin Ibrahim, Ketua Cawangan Pengurusan Pelajar, IKTBN Bukit Mertajam. Dengan ilmu yang telah dipelajari selama 2 hari ini, diharapkan akan memberikan pengalaman dan ilmu yang bermanfaat untuk para peserta sekaligus akan menyebarkan maklumat berkaitan sukan teqball di kalangan belia – belia yang lain.