home button

Pulau Pinang

Gelugor, 23 Mei 2022 - Telah berlangsung Program Inspire iTalent Peringkat Negeri Pulau Pinang 2022 pada 21 hingga 22 Mei 2022 bertempat di Perkarangan Kompleks Belia Dan Sukan Pulau Pinang, Batu Uban, Pulau Pinang. Tetamu jemputan program ialah Encik A Rahman Bin Musbah, Pengarah Pembangunan Sukan Orang Kurang Upaya (OKU) Kementerian Belia Dan Sukan. Seramai 50 peserta telah menyertai program tersebut.

 
#programinspireitalentpp
#jbsnpp
#pesron
#sukanoku
 
Disediakan oleh : Bahagian Sukan, JBSN Pulau Pinang

Gelugor, 23 Mei 2022 - Pertandingan Bola Jaring Malaysia Sports League 2022 Peringkat Daerah Timur Laut  telah diadakan di Kompleks Belia Dan Sukan Batu Uban pada 21 Mei 2022. Program ini dianjurkan oleh Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Timur Laut dengan kerjasama Persatuan Bola Jaring Negeri Pulau Pinang. Sebanyak 11 pasukan telah menyertai pertandingan. Berikut adalah senarai nama pemenang iaitu :-

🥇Johan: *PESSCA 
🥈Naib Johan : CRC
🥉Ketiga : PINANG UNITED A
🥉 Ketiga : USM
 

Gelugor, 23 Mei 2022 -  Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring Peringkat Daerah Barat Daya pada 21 Mei 2022 bertempat di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang. Senarai pemenang adalah seperti berikut :-

Johan - LAINTRUSA

Naib Johan - SLUMBER

ketiga - PRETTY TIGER/ ELITE

 
#JBSNBersama
#TeamKBS
#jbspp
 
Disediakan oleh : PBSD Barat Daya

Sungai Bakap, 23 Mei 2022 - Telah berlangsung Kejohanan Bola Jaring MSL Peringkat Daerah Seberang Perai Selatan ynag telah diadakan pada 21 Mei 2022 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jawi. Progam adalah anjuran Pejabat Belia dan Sukan Seberang Perai Selatan dengan kerjasama PUSPANITA Daerah Seberang Perai Selatan. Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh En.Abdul Hamid Bin Mohd Yasin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Seberang Perai Selatan bersama-sama dengan Puan Sharifah Rosemaria, Pengerusi Biro Sukan dan Reskreasi PUSPANITA  Daerah Seberang Perai Selatan. Berikut adalah senarai nama pemenang kejohanan iaitu :-

PEMENANG
🥇Chempaka Sari
🥈Chempaka Rembulan
🥉PESCAA
🥉Penjara SPS
 
Tahniah diucapkan kepada semua Pemenang 👏👏👏👏👏
 
#pbsdsps
#MSL2022 
#TeamKBS 
#JBSN