Sedim, 3 Julai 2022 - Program Team Building Sekretariat Rakan Muda (SRM) melabuhkan tirainya pada hari ini. Program yang berlangsung selama 2 hari 1 malam bermula 2 Julai ini telah disertai oleh 6 buah SRM IPT Zon Utara iaitu SRM Universiti Sains Malaysia, SRM Universiti Malaysia Perlis, SRM IKTBN Bukit Mertajam, SRM IKBN Jitra, SRM IKBN Naka serta SRM IKBN Kuala Perlis. Seramai 40 orang peserta termasuk pegawai-pegawai Hal Ehwal Pelajar IPT masingĀ² telah terlibat dalam pelbagai aktiviti yang diadakan sepanjang program berlangsung. Antaranya ialah Ice Breaking, Water Rafting, Tree Top Walk, Senamrobik dan juga aktiviti Tubing.Selain itu turut diadakan taklimat mengenai SRM,Rakan Muda dan juga Taklimat Permohonan Bantuan yang dikendalikan oleh pegawai dari Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negara.Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Nizam bin Mat Daud, Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis.Tahniah kepada semua peserta dan terima kasih kepada semua SRM IPT yang terlibat.DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (UNIT RAKAN MUDA)DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)