Sanglang, 29 Jun 2022 - Satu taklimat berkenaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) "Booster" bersama SMK Sanglang telah diadakan pada hari ini melibatkan penyertaan seramai 150 orang pelajar.
Objektif utama program ini diadakan bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar berumur 14-17 tahun tentang pelaksanaan Program ARPRM di peringkat sekolah khususnya di negeri Perlis

Taklimat telah disampaikan oleh Encik Hazrul Hafizi bin Abd Halim iaitu pemegang Pingat Emas bagi ARPRM dan juga Presiden Malaysia Gold Award Association (MAGAA). Beliau berkongsi pengalaman kepada pelajar untuk lebih memahami konsep pelaksanaan ARPRM di peringkat permulaan.

Majlis Penutup program disempurnakan oleh Encik Kamarunzaman bin Abd Hamid, Ketua Unit Rakan Muda JBSN Perlis mewakili Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis.

DISEDIAKAN OLEH : ENCIK MOHD NOORAHIMI BIN RAMLI (UNIT RAKAN MUDA)

DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)