Kangar, 13 Mei 2022 - Hari ini merupakan hari terakhir Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Sukan berkhidmat di jabatan ini. Beliau akan bertukar ke Pejabat Belia dan Sukan Kuala Muda Kedah berkuatkuasa 16 Mei 2022 setelah hampir lima tahun beliau di sini di mana beliau mula berkhidmat di jabatan ini pada 27 Mei 2017. Majlis perpisahan beliau telah diadakan dalam majlis Perhimpunan Bulanan pada pagi ini. Pihak jabatan ingin mengucapkan ribuan terima kasih di atas khidmat bakti serta jasa dan keringat yang dicurahkan sepanjang berkhidmat di jabatan ini. Semoga berjaya di tempat baru dan terus mengekalkan momentum kerja yang cemerlang. 

DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI (PENTADBIR PORTAL)