22 Januari 2022 - Dua orang Kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis iaitu Puan Isma Baizura binti Ismail, Penolong Pegawai Belia dan Sukan (S32) dan Puan Surina binti Ramli, Pembantu Belia dan Sukan (S22) merupakan ahli PUSPANITA Perlis telah hadir dengan jayanya ke Program Kursus Asas Kesukarelawanan PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis 2022 bertempat di Bukit Ayer Resort, Kompleks Eko Pelancongan Sungai Batu Pahat, Perlis. Program ini bermula dari jam 7.30 pagi sehingga jam 6.30 petang. Pelbagai teknik dan ilmu seperti ilmu pertolongan cemas telah didedahkan oleh jurulatih yang terdiri daripada anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Perlis. Program kursus ini telah diserikan lagi dengan Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh Yang Berhormat Tuan Azman bin Mohd Yusof, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis selaku Penasihat PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis. Turut hadir ke majlis ini ialah YBhg Puan Roszita binti Imaduddin, Pengerusi PUSPANITA Cawangan Negeri Perlis, Tuan Mohd Izaimi bin Md Daud, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Negeri Perlis dan Encik Ag Shaffie bin Ag Ahmadni, Pengarah Jabatan Perhutanan Negeri Perlis serta tetamu-tetamu jemputan. Syabas dan tahniah diucapkan. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI