home button

Perlis

Kangar, 25 November 2021 - Satu Mesyuarat Penyelarasan dan Taklimat Acara Sesi Uji Pandu 2 Roda dan 4 Roda telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Majlis Sukan Negeri Perlis.  Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Encik Anuar bin Abidin, Majlis Sukan Negeri Perlis. Antara jabatan yang hadir bersama adalah PDRM Perlis, JPJ Perlis, Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, Majlis Perbandaran Kangar termasuk Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis sendiri serta pihak syarikat.Program ini akan diadakan pada 11 hingga 12 Disember 2021 bertempat di Kompleks Sukan Tuanku Syed Putra, Kangar, Perlis yang akan dikelolakan oleh Syarikat Drag Racing Management. Encik Mohd Hanaffi bin A. Rahman, Penolong Pengarah Sukan JBSNPs hadir bagi menerangkan SOP penganjuran acara sukan yang akan diadakan nanti.DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 24 November 2021 - Sesi Taklimat dan Lawatan Tapak Sebut Harga Perkhidmatan Pembersihan Bangunan Dan Ruang Pejabat, Kemudahan Awam (Asrama, Dewan, Arena Futsal, Bowling Padang, Petanque) dan Pembersihan Kawasan di Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Perlis Bagi Tempoh Dua (2) Tahun telah diadakan pada hari ini bertempat Kafe, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Taklimat ini telah disampaikan oleh Encik Kamarol Azlan bin Abdull Hamid, Penolong Pengarah Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis.DISEDIAKAN OLEH :PUAN NORAFZAN BIN MAMAT (BAHAGIAN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN)DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINT MEGAT GHAZALI
Kangar, 23 November 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Belia Negara dan Anugerah Perdana Belia Negara 2021 Peringkat Negeri Perlis telah diadakan pada hari ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Mesyuarat ini dipengerusikan oleh Puan Norhazita binti Kamaludin, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perlis. Turut hadir adalah Encik Izan Asmawi bin Habidan, Yang Dipertua Majlis Belia Negeri Perlis bersama barisan jawatankuasanya .Mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras jawatankuasa kerja program ini yang akan diadakan pada 3 Disember 2021 nanti bertempat di Ocean Glow, Kuala Perlis, Perlis. Semoga program ini dipermudahkan dan berjalan lancar. DISEDIAKAN OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI
Kangar, 21 November 2021 - Puan Surina binti Ramli, Pegawai Kecergasan Nasional telah menghadiri program Majlis Sambutan Bulan Keluarga Malaysia 2021 Peringkat Negeri Perlis yang dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat, Dato' Seri Azlan Man, Menteri Besar Perlis secara virtual. Program ini adalah anjuran Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara ( LPPKN ) Negeri Perlis dan diadakan di Taman Anggur, Sungai Batu Pahat, Kangar, Perlis. Salah satu daripada pengisian program adalah "Senam Santai Keluarga" yang turut melibatkan Puan Surina sebagai Instruktor.DISEDIAKAN OLEH : PUAN SURINA BINTI RAMLI (BAHAGIAN PEMBANGUNAN SUKAN)DISUNTING OLEH : PUAN WAN NOURIEDAH BINTI MEGAT GHAZALI