11 Jun 2022 - Pembukaan Sektor Sukan dan Rekreasi telah merancakkan kembali penganjuran pelbagai program sukan dan rekreasi. Bertempat di Perkampungan Warisan Budaya Pulau Misa Perak, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Perak dengan kerjasama Kelab Rekreasi Silver telah menganjurkan Program Explorasi Alam Peringkat Negeri Perak 2022.
Program ini adalah insiatif untuk memberi pendedahan berkaitan kemahiran sukan rekreasi yang merangkumi pelbagai aktiviti seperti perkhemahan, berkayak, berkuda dan seni warisan tarian kebudayaan melayu sejati. Seramai 32 orang peserta yang terdiri daripada pelajar IPTA, pemimpin NGO Belia dan Rakan Muda serta belia setempat telah menyertai program ini.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Encik Khairul Shahril bin Mohamed Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Komunikasi dan Multimedia Negeri Perak.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang memberi kerjasama dan sokongan dalam menjayakan program ini.
Moh kita meriahkan sektor sukan dan rekreasi sebagai Keluarga Malaysia.